April 19, 2024

Search
Close this search box.

KUKUP, 12 Jun – Bersempena dengan bulan ‘Hari Alam Sekitar Dunia’, Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar (RISE), UTM dan Yayasan Perbadanan Johor (JCorp) telah bersama menggembleng tenaga mejayakan program Program Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) di tiga buah kampung di Kukup iaitu Kampung Air Masin, Kampung Kukup Laut dan Kampung Benteng Kanan, Pontian Johor.

Gambar peserta daripada IPASA, RISE UTM, Yayasan JCorp, MDP dan Jabatan Kesihatan 

Menurut Pengarah RISE, Prof. Dr. Azmi Aris, program ini merupakan kesinambungan daripada projek kajian yang telah dijalankan oleh IPASA yang diketuai oleh Pengarah IPASA, Prof. Dr. Zainura Zainon Noor.

Kawasan ini dilihat sebagai kawasan yang berpotensi untuk ditingkatkan kebersihannya kerana ia merupakan kawasan pelancongan dan terkenal dengan makanan laut dan aktiviti ekopelancongan dalam kalangan pelancong terutamanya dari Singapura dan Indonesia. 

Aktiviti KUDAH sedang dijalankan disalah sebuah kampung

Program ini telah dijayakan oleh 80 orang peserta dari IPASA dan RISE, UTM, Yayasan JCorp, Majlis Perbandaran Pontian, Jabatan Kesihatan Daerah Pontian, ketua kampung dan wakil penduduk kampung.

Ia turut disokong oleh Southern Waste Management (SWM) cawangan Pontian dengan membantu menyediakan tong sampah besar (RORO) dan pekerja untuk menarik sampah yang telah dikumpulkan keluar dari kawasan tapak program.

Program yang pertama kali diadakan ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dan kerjasama daripada penduduk yang melahirkan rasa gembira dengan usaha yang telah dijalankan.

Antara peserta yang menyertai KUDAH 

Menerusi program KUDAH ini, diharapkan penduduk kampung akan lebih cakna terhadap kebersihan sekitar dan proaktif dalam melaksanakan KUDAH kendiri di kawasan kediaman mereka supaya keadaan sekitar lebih bersih dan cantik.  

Pihak urus setia bercadang untuk melaksanakan program ini secara konsisten dan mengalu-alukan penglibatan semua yang berminat. 

Explore More