JOHOR BAHRU, 27 Apr. –  Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) berkesempatan menyantuni anak – anak yatim dan anak – anak yang memerlukan di Rumah Anak Yatim dan Miskin Raudhatul Mariam dan Baitul Soleha melalui sesi sumbangan barangan keperluan penghuni rumah – rumah tersebut.

Kedua – dua sesi ini telah dihadiri oleh para staf CCIN yang diketuai oleh Pengarah, YBrs. Prof. Madya Dr. Johari Surif.

Beliau menyeru supaya usaha murni ini dapat diteruskan bukan sahaja pada bulan Ramadan malah turut menyeru supaya program seperti ini diteruskan sepanjang tahun dalam meraikan golongan masyarakat setempat yang memerlukan kerana penerima sumbangan ini khususnya anak – anak yang merupakan generasi yang akan mewarisi legasi negara.

Beliau juga berharap sedikit sumbangan seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Sesuai dengan hasrat UTM menyantuni masyarakat setempat dan semangat kemuliaan bulan Ramadan.

Program ini juga telah berjaya dilaksanakan dalam fasa negara menuju fasa endemik Covid -19 dengan mematuhi SOP semasa.

Program tahun ini dijalankan selari dengan sambutan 50 tahun UTM dengan menggunakan dana yang disumbang oleh orang ramai dan peruntukan sambutan 50 tahun UTM.

Penyerahan sumbangan Ihya’ Ramadan – Tautan kasih kepada pihak pengurusan Raudhatul Mariam oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Johari Surif, Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, UTM
Penyerahan sumbangan Ihya’ Ramadan – Tautan kasih kepada pihak pengurusan rumah Baitul Soleha oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Johari Surif, Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, UTM

Explore More