Tidak Henti Menghulurkan Bantuan Makanan dan Keperluan Harian, Kebajikan Pelajar Sentiasa di Hati HEP UTMKL.

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Berikutan PKPD Perumahan Awam Desa Rejang yang bermula dari 18hb Jun 2021 (Jumaat) lalu, pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur telah menerima pelbagai bantuan makanan kering, barangan keperluan asas seperti sabun, ubat gigi dan serta makanan tambahan. Ini disebabkan oleh lokasi perumahan tersebut bersebelahan dengan Kolej Siswa Jaya.

Perumpamaan seperti cubit peha kanan, peha kiri terasa, jarak antara Kolej Kediaman Siswa Jaya dengan perumahan awam tersebut bersebelalahan yang kurang dari radius 1 km. Seramai 153 orang pelajar berada di Kolej Siswa Jaya.

Sumbangan tersebut bukan sahaja dari pihak luar malah dari pihak dalaman UTM Kuala Lumpur sendiri.

Fakulti yang terlibat seperti MJIIT dan FTIR menyalurkan bantuan dari segi barangan keperluan asas seperti ubat gigi, sabun mandi dan makanan tambahan pelajar.

barang keperluan seperti ubat gigi, makanan tambahan kepada pelajar

Wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menguruskan penerimaan sumbangan tersebut, saudara Yap berkata semua barang keperluan tersebut akan diletakkan di Bilik JKM Blok C, di mana pelajar boleh membuat tuntutan keperluan mereka dengan datang sendiri di kaunter tersebut pada waktu yang telah ditetapkan iaitu dari 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Berikut senarai penderma yang telah di kompilasikan oleh Encik Hazly Jaafar selaku pegawai khas dari Unit Kebajikan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur ;

Persatuan Kebajikan Annajah Selangor – Sumbangan barangan asas (RM 4,765.00)

MJIIT – Sumbangan makanan tambahan kepada pelajar luar kampus dan Kolej Siswa Jaya (RM 7,500.00)

AHIBS – Sumbangan makanan ringan dan wang tunai RM (601.15)

FTIR – Sumbangan makanan (RM 8,000.00)

Ts Dr Mohammad Hussaini Wahab – Sumbangan barangan asas

Turut terlibat pihak NGO dan penyumbang persendirian, iaitu termasuk pensyarah-pensyarah UTM Kuala Lumpur.

serahan barangan keperluan dari pensyarah UTMKL
Sumbangan dari Persatuan Kebajikan Annajah Selangor

Jawatankuasa Luar Kampus (JKM LK) juga memainkan peranan penting bagi mengumpulkan maklumat pelajar UTM yang tinggal di kawasan rumah awam PPR Desa Rejang.

Mereka jugak tidak terkecuali daripada menerima bantuan dari pihak HEP UTMKL.

Pelajar yang tinggal di Perumah Awam Desa Rejang menerima bantuan makanan dari HEP tetapi diagihkan oleh petugas hadapan

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang, tidak lupa juga sokongan dan doa dari semua, bersama-sama kita perangi covid 19 dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN.

#kitamestimenang #kitajagastudentkita #cekalbersamatakwa #heputmkl

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *