April 17, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 7 Mei — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyahut keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan membenarkan pelajar-pelajarnya pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pelajar-pelajar ini dibenarkan pulang menaiki kenderaan sendiri, dijemput oleh keluarga dan menaiki bas yang disediakan oleh universiti.

UTM melalui Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bersama UTMFleet serta Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP) telah bertungkus-lumus menguruskan penghantaran pelajar ini dengan menyediakan kira-kira 6 buah bas serta penyediaan jadual pergerakan pelajar bagi memastikan mereka akan tiba ke kampung halaman dengan selamat.

Rata-rata pelajar yang telah selamat tiba menyuarakan rasa gembira dan berterima kasih kepada KPT kerana memberikan kebenaran pulang untuk berhari raya dan kepada UTM kerana telah menyediakan kemudahan pengangkutan kepada mereka.

Beberapa rakan media turut membuat liputan antaranya Harian Metro, T Star, Astro, RTM, Sin Chew Daily, dan Utusan

Explore More