April 23, 2024

Search
Close this search box.

Johor Bahru, 22 Mei – – Susulan pengumuman pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Universiti Teknologi Malaysia, pihak Universiti melalui Pusat Kesihatan telah menggembleng usaha dalam membantu meratakan lengkung Covid-19 terutamanya dalam kalangan pelajar dan warga UTM.

Sepanjang pelaksanan PKPD, operasi di klinik universiti telah ditutup bagi memberi keutamaan dan fokus kepada klinik bergerak (mobile clinic) yang telah dipanjangkan ke semua kolej kediaman di kampus UTM Johor Bahru.

Sebelum ini, klinik bergerak hanya beroperasi di KDSE, KTHO dan KTDI sahaja.

Klinik ini akan berada di semua kolej kediaman setiap hari mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan ini adalah bagi mengesan gejala awal pesakit Covid-19 selain merawat pelajar-pelajar yang mempunyai penyakit serta kecemasan yang lain.

Pada 21 dan 22 Mei, UTM bersama petugas dan doktor pakar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cawangan Kulai telah menjalankan sesi mass sampling kepada kira-kira 1,000 orang pelajar yang berada di kampus bagi mengesan gejalan awal Covid-19.

Sesi tersebut akan diteruskan bagi fasa kedua iaitu pada 28 dan 29 Mei 2021 nanti.

Tahniah diucapkan kepada petugas PKU dan semoga terus #cekalbersamatakwa

Explore More