April 25, 2024

Search
Close this search box.

Kuala Lumpur, 24 Apr. – Aktiviti Forum Perdana dan Majlis Berbuka Puasa merupakan aktiviti kolaborasi antara tiga universiti terulung di Malaysia, iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan mahasiswa dan mahasiswi di samping merapatkan hubungan ukhuwah antara pelajar-pelajar daripada UTM, UM, UIAM, staf Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pengetua, Majlis Felow, dan Pro – Naib Canselor UTM Kuala Lumpur.

Aktiviti ini dimulakan dengan Forum Perdana yang berlangsung pada jam 5.30 petang – 6.30 petang.  Forum tersebut membincangkan topik – (Leader’s Diary) yang mampu menyunting semangat sebagai seorang pemimpin yang berkarisma, berkaliber dan berdaya saing tinggi terutamanya dalam menempuh segala cabaran sebagai seorang pemimpin.

Forum tersebut diwakili oleh setiap Universiti iaitu Saudari Natasha Eizreena Atiqah Binti Abdullah wakil daripada UTM, Saudara Wan Zaim Zharfan bin Wan Ibrahim wakil daripada UIAM, Saudara Disshannth Rao Ramarao wakil daripada UM dan Saudara Amir Ashraf (UTM) selaku moderator forum.

Forum Perdana bersama-sama UM, UIAM dan UTM

Forum perdana ini dianjurkan melalui usaha sinergi antara UTM dan universiti jemputan. Secara tidak langsung, mahasiswa UTM Kuala Lumpur menzahirkan salah satu budaya I.S.E.S yang telah digariskan oleh pihak universiti dalam mencapai kecemerlangan program.

Majlis Berbuka Puasa bersama Pro Naib Canselor turut diadakan setelah sesi forum tamat bagi meningkatkan ukhuwah jalinan kolaborasi antara universiti jemputan dan pihak – pihak yang terlibat. Tambahan lagi, majlis berbuka puasa tersebut merupakan sesi ramah mesra antara pelajar dan Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh selaku Pro Naib Canselor yang baru.

Aktiviti ini telah disertai seramai 20 orang urus setia daripada UTM, 19 pelajar daripada UM, 5 pelajar daripada UIAM, 45 pelajar daripada UTM, 20 orang VIP, dan 20 orang staf yang terdiri daripada unit ABM dan Pejabat HEP.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuatkuasa, sekretariat JKM Kolej Siswa Jaya melaksanakan Standard Operating Procedure, SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setiap jemputan telah disajikan dengan makanan yang telah dibungkus dan diedarkan sebanyak 5 bungkus bagi setiap meja.

Ucapan dan penyampaian hadiah dan penghargan daripada Pro-Naib Canselor

Ucapan dan penyampaian hadiah dan penghargaan daripada Pengetua KSJ

Majlis penyampaian hadiah dan penghargaan kepada peserta dan universiti jemputan telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Abd Latif Bin Saleh merangkap Pro – Naib Canselor UTM Kuala Lumpur dan Prof. Ts. Ir. Dr. Aminuddin Bin Hj Abu, selaku pengetua KSJ. Aktiviti ini diakhiri dengan sesi bergambar dan berbuka puasa.

Sesi Bergambar

Sumber : Ahlijawatankuasa (AJK) Program Barakah Ramadhan 2021 (Persatuan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Siswa Jaya – JKM KSJ)

Instagram : JKMKSJ

Explore More