April 24, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 20 Mei — Covid-19 kian meruncing walau telah wujud pelbagai usaha dan komitmen tinggi yang diberikan oleh warga Malaysia. Terbaharu dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan keperluan pendekatan atau langkah yang lebih agresif dan proaktif.

Sehubungan itu UTM telah mengaktifkan Emergency Response Team (ERT) Induk Universiti atau Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) adalah berperanan membantu pengurusan Universiti melaksanakan tindakan bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan di dalam dan luar kampus.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) sebelum ini telah memutuskan Pandemik Covid-19 diuruskan oleh Jawatankuasa Induk ERT Universiti bagi membantu menyeleras dan menghadapi pandemik Covid-19 dalam kalangan warga universiti.

Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Induk UTM ini dianggotai oleh Pengarah Keselamatan selaku Ketua Insiden dan dibantu oleh Ketua PTJ berkaitan iaitu Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Jabatan Bendahari, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Pusat Kesihatan Universiti, Jabatan Harta Bina, Seksyen Hal Ehwal Korporat dan Kumpulan Perancang/Pakar daripada Fakulti.

Objektif utama penubuhan ERT adalah untuk membentuk satu pasukan yang sentiasa bersiap sedia dalam memastikan keselamatan nyawa, harta benda dan persekitaran kampus berada dalam keadaan terkawal.

Dengan penubuhan pasukan ini sama-samalah kita berdoa agar rantaian pandemik Covid-19 ini akan dapat diputuskan.

#cekalbersamatakwa

Explore More