April 17, 2024

Search
Close this search box.

3M Safety Training and Qualitative Fit Test

Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA), Universiti Teknologi Malaysia, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh telah mengadakan 3M Safety Training and Qualitative Fit Test pada 6 Disember 2020 (Ahad) bertempat di Bilik Seminar Klorofil, UTM Pagoh. En. Mohd Faiz bin Zulkifli daripada syarikat Permula Sdn. Bhd. telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini. Program ini adalah berfokus kepada pemakaian alat perlindungan pernafasan bahan kimia sebagai peralatan perlindungan diri (PPE) dengan cara yang betul dan selamat. Seramai sepuluh orang peserta telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada kalangan pegawai penyelidik dan penolong pegawai sains. Sebanyak enam set respirator telah diagihkan dan setiap staf telah diajar tatacara pemakaian alat perlindungan pernafasan bermula dari langkah awal pemakaian, troubleshooting dan cara penyimpanan yang betul. Staf yang menerima set alat perlindungan pernafasan ini juga telah menjalani qualitative fit test bagi memastikan alat perlindungan pernafasan tersebut betul-betul sesuai dengan si pemakai dan bebas daripada risiko kebocoran. Program ini adalah inisiatif Pengurusan UTM Pagoh bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa menjalankan tugas adalah terjamin bagi mengurangkan risiko penyakit pekerjaan. Ini adalah selaras seperti yang terkandung dalam Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Seksyen 15 yang mewajibkan majikan untuk menyediakan latihan dan persekitaran pekerjaan yang selamat.

Explore More