November 25, 2024

Search
Close this search box.

ICA UTM Anjur Program Knowledge Transfer of Effective Microorganism Application untuk Komuniti sekitar Muar dan Pagoh

Program “Knowledge Transfer of Effective Microorganism (EM) Application” telah berlangsung pada 27 Jun 2019 (Khamis) di UTM Pagoh.

Program yang dianjurkan secara bersama oleh ICA UTM Pagoh, Centre for Community and Industry Network – CCIN, Zenxin Agriculture Sdn Bhd – Midori dan EMRO Malaysia Sdn Bhd ini turut menjemput guru dan pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Muar dan Pagoh. Sebanyak 118 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah, masyarakat Edu-hub Pagoh, masyarakat Muar dan Pagoh telah menyertai program ini. Antara sekolah terlibat adalah:

– SK Temiang
– SJKC Pengkalan Bukit
– SJKC Pei Chai Gombang
– SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR
– SK Paya Redan
– SK Panjang Sari
– SJKC Soon Moong
– SJKC Chung Sun
– SK Sri Bukit Pasir

Sungai Muar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat luar bandar di Pagoh dan ia juga merupakan sumber air yang penting kepada aktiviti pertanian di Pagoh. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik masyarakat Pagoh dan Muar tentang isu-isu pencemaran air dengan aplikasi Mikroorganisma Berkesan dalam meningkatkan kualiti air. Mikroorganisma berkesan (EM) adalah mikroorganisma baik yang wujud di alam sekitar, seperti bakteria asid laktik, yis dan bakteria fototropik. Tanah yang sihat dan air bersih dikekalkan oleh kepelbagaian dan keseimbangan komuniti mikroorganisma. Di sungai-sungai yang tercemar, mikroorganisma yang tidak dapat hidup dalam persekitaran yang tercemar akan mati dan ekosistem menjadi tidak seimbang. Sebaliknya, jika alam sekitar kaya dengan kepelbagaian mikroorganisma, kualiti air akan dipertingkatkan. Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai penggunaan teknologi Mikroorganisma Berkesan dalam meningkatkan kualiti air serta dapat mengelakkan pencemaran air.

Program pemindahan pengetahuan ini dijalankan melalui sesi bengkel dengan memberikan pengetahuan asas mengenai Mikroorganisma Berkesan dan peranannya dalam alam sekitar, isu pencemaran air dan aplikasi Mikroorganisma Berkesan dalam meningkatkan kualiti air. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk membuat “EM mudball”. Selepas bengkel, majlis membaling “EM mudball” berlaku sebagai usaha untuk pengurangan pencemaran air. Dengan pengetahuan yang diberikan, para perserta boleh teruskan usaha meningkatkan kualiti air dengan penggunaan Mikroorganisma Berkesan di sekitar komuniti masing-masing.

Explore More