April 18, 2024

Search
Close this search box.

PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI UTM KUALA LUMPUR MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Solat Hajat Perdana UPSR 2016_2

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2016 : Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan  Program Solat Hajat Perdana UPSR 2016 untuk program UTM Bersama Komuniti, Berkongsi Aspirasi (UTM BESTARI ’16).  Program yang telah dirasmikan oleh En. Azhar bin Md. Kasim wakil rasmi Ahli Parlimen Setiawangsa.

Seramai 760 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, murid tahun 6, dan guru-guru dari sembilan (9) buah sekolah sekitar Parlimen Setiawangsa telah menyertai program ini. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program yang dikendalikan dengan  kerjasama Pusat Islam dan Pejabat Hal Ehwal Korporat UTMKL adalah  Sek. Keb. Polis Depot, Sek. Keb. Padang Tembak 1, Sek. Keb. Padang Tembak 2, Sek. Keb. Kementah, Sek. Keb. Jln Gurney 1, Sek. Keb. Jln Gurney 2, Sek. Keb. Desa Tun Hussein, Sek. Keb. Seri Bonus, dan Sek. Keb. Jln Raja Muda.

Selain solat hajat dan bacaan Surah Yaasin, sesi ceramah motivasi juga turut disampaikan  oleh penceramah berpengalaman bagi membantu calon-calon peperiksaan dan para ibu bapa membuat persiapan diri dari segi rohani dan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi. Semoga usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para calon, malah memberikan imej yang positif kepada UTMKL secara keseluruhannya sebgai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mesra komuniti.

Explore More