April 25, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2013: Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dato’ Seri Dr Zaini Ujang diraikan dalam majlis makan malam yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, malam tadi.

Majlis makan malam itu dihadiri oleh Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah diadakan bagi meraikan Dr Zaini yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Hadir di majlis tersebut ialah Pro Canselor Dato’ Dr Muhammad Ridzuan Hj Salleh dan isteri, Tan Sr Dr Salleh Mohd Nor dan Tan Sri Dr Yahya Awang dan isteri, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM Tan Sri Halim Ali dan isteri, ahli-ahli Lembaga Pengarah UTM dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir Dr Mohd Azraai Kassim yang menjalankan tugas Naib Canselor.

Selain itu, majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Profesor Ir Dr Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Profesor Dr Rose Alinda Alias dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), Profesor Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan pegawai kanan UTM.

Dr Zaini dalam ucapannya berkata, beliau akan terus membantu UTM antaranya memastikan sumbangan untuk Tabung Endowmen UTM terus meningkat.

Menurutnya, beliau dalam proses menulis autobiografi yang akan diterbitkan oleh Penerbit UTM dan keuntungannya akan disalurkan daam Tabung Endowment UTM.payday loans//

Explore More