April 23, 2024

Search
Close this search box.
Tan Sri Salleh menyampaikan sumbangan kepada Fadli.

KATHMANDU, 2 November 2012: Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Salleh Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Al Jamiatul Islamia Darul Quraa, di sini hari ini.

Sumbangan wang tunai, projektor LCD, pakaian terpakai, sejadah, telekung dan naskah al-Quran diserahkan menerusi Kanselor kedutaan Malaysia, Fadli Adilah semasa peserta Misi Perdana Everest UTM 2014 mengadakan kunjungan ke kedutaan Malaysia.

Semasa lawatan itu, Fadli menyampai taklimat mengenai pelbagai perkembangan di Nepal dan tanggungjawab mereka sebagai wakil kerajaan Malaysia di negara ini.

Beliau mengalu-alukan kedatangan peserta eskpedisi untuk mengadakan latihan bagi menjayakan misi menawan puncak Everest pada 2014.

Sementara itu, Tan Sri Salleh dalam ucapannya, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kedutaan kerana memberi kerjasama yang baik kerana menyambut dan mengurus kedatangan peserta di lapangan terbang dan mengambil berat mengenai keselamatan dan kebajikan peserta misi ke Everest semasa mereka mengadakan latihan pada April lalu.

Beliau berharap kerjasama yang telah diberikan dapat diteruskan sehingga Misi Perdana Everest UTM 2012 selesai.

Explore More