April 27, 2024

Search
Close this search box.

Program cuti sabatikal di University of Pittsburgh, USA (EISENHOWER SCHOLARSHIP)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mempelawa staf akademik UTM untuk menjalani Program Cuti Sabatikal selama 10 minggu di University of Pittsburgh, USA pada tahun 2012 di bawah Eisenhower Scholarship. Sehubungan dengan itu, mana-mana staf akademik UTM yang berminat untuk mengikuti program tersebut, sila kemukakan nama kepada pihak fakulti dengan kadar segera iaitu selewat-lewatnya pada 17 Ogos 2012 dan seterusnya menghantar permohonan rasmi dengan mengisi borang Cuti Sabatikal melalui fakulti sebelum diserahkan kepada pihak Bahagian
Pembangunan Modal Insan (HCD).

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak HCD di talian berikut :
07-5530358 / 0429 / 7948 / 7952 atau di e mel kepada cutibelajar@utm.my.

Disediakan oleh:
Hjh Nor Azlinda Abu Bakar
Penolong Pendaftar
Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD)

Explore More