Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mempelawa staf akademik UTM dan pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di universiti-universiti ternama dunia. Di antara World’s Top Ten Universities berdasarkan QS World University Rankings 2011/2012 adalah University of Cambridge, Harvard University, Massachussetts Institute of Technology, Yale University, University of Oxford, Imperial College London, University College London, University of Chicago, University of Pennsylvania serta Columbia University.

Bagi staf akademik yang masih tiada PhD, sila kemukakan pencalonan nama kepada pihak fakulti dengan kadar segera. Manakala bagi mana-mana pelajar yang berminat, calon pelajar akan ditawarkan di bawah Skim Felo Penyelidik di mana calon akan mengikuti Cuti Belajar tanpa perlu terlebih dahulu berkhidmat di UTM tetapi akan dibayar elaun Cuti Belajar termasuk kos sara hidup, tiket penerbangan dan yuran pengajian calon sepanjang tempoh Cuti Belajar. Calon-calon pelajar hanya akan dilantik sebagai staf akademik setelah lulus PhD dengan jayanya kelak.

Permohonan oleh staf akademik dan pelajar-pelajar berkelayakan hendaklah dikemukakan kepada fakulti mengikut bidang masing-masing sebelum diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan atasan Universiti.
Sila hantar borang permohonan rasmi dengan mengisi borang permohonan Cuti Belajar yang boleh dicapai di laman sesawang Pejabat Pendaftar iaitu http://registrar.utm.my dan menghantarnya melalui fakulti sebelum diserahkan kepada pihak HCD.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak HCD di talian berikut :
07-5530358/0429/7948/7952 atau di e mel kepada cutibelajar@utm.my.

Disediakan oleh: Hjh. Nor Azlinda Abu Bakar
Penolong Pendaftar
Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD)