April 20, 2024

Search
Close this search box.
Tan Sri Abdul Halim melihat pelan bangunan semasa melawat Pusat Pengurusan Penyelidikan.

SKUDAI, 19 Julai: Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh pengerusinya Tan Sri Abdul Halim Ali telah mengadakan lawatan ke tapak projek bangunan baru untuk meninjau perkembangan projek berkenaan.

Mereka meninjau projek pembinaan bangunan baru Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), gerbang laluan kedua berhampiran Lebuhraya Johor Bahru – Senai, stadium dan laluan berjogging antara Pusat Kesihatan Mahasiswa UTM hingga ke Pejabat Keselamatan.

Antara ahli LPU yang turut serta dalam lawatan tersebut ialah Dato’ Abu Bakar Mohd Nor, Dato’ Ir. Low Keng Kok, Dato’ Noorrizan Shafie dan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Zaini Ujang.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ir Dr Azraai Kassim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Hj Ninggal, Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Prof Ir Dr Wahid Omar, Pendaftar, Tuan Haji Wan Mohd Zawawi Wan Abdul Rahman, Pengarah Kerja dan Prof. Madya Dr. Abd Latif Saleh.

Lawatan berkenaan diadakan sempena mesyuarat LPU ke-69 yang di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, pagi tadi.

 

Dato’ Abu Bakar (kanan) melihat kawasan dalam stadium.

 

Di gerbang laluan kedua berhampiran Lebuhraya Johor Bahru-Senai.

 

Meninjau laluan berjogging berhampiran Pusat Kesihatan Mahasiswa.

Explore More