April 24, 2024

Search
Close this search box.
Dr. Zaini dan En. Neo Teck Siong menandatangani dokumen perjanjian sambil diperhatikan oleh Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Mohamed Khaled di majlis perasmian bangunan UTM-MTDC.

JOHOR BAHRU, 23 Jun: Universiti Teknologi (UTM) dan Sawipac Sdn Bhd menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan biobaja berkualiti tinggi menggunakan teknik karbon rendah.

Projek berkenaan bertujuan menghasilkan biobaja berkualiti tinggi menggunakan sisa pelbagai bahagian pokok kelapa sawit seperti sisa buangan  kilang sawit, tandan buah kosong dan batang kelapa sawit.

Sisa berkenaan akan dimampatkan menggunakan teknik khas yang mesra alam dan rendah karbon bagi menghasilkan baja yang mengandungi pelbagai nutrient untuk kegunaan pelbagai jenis tumbuhan dan semaian.

Kerjasama awal projek antara UTM dengan Sawipac Sdn Bhd telah bermula sejak 2009 dan dijalankan di makmal Centre of Lipid Engineering and Applied Research (CLEAR), UTM Johor Bahru.

Projek berkenaan mendapat geran daripada CRDF-MTDC pada tahun 2011 menerusi penyelidikan bertajuk“The Palm Biomass-Biofertiliser for Multiple Plants Applications”.

Dr.Zaini memberi penerangan kepada Tan Sri Muhyiddin semasa melawat pameran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi membangunkan biobaja kepada skala penuh pengeluaran, pengkomersilan, dan pemasaran produk UTM dan Sawipac telah menandatangani memorandum persefahaman di UTM, hari ini.

UTM diwakili oleh oleh Naib Canselor Profesor Datuk Dr Zaini Ujang dan Sawipac oleh Pengarah urusannya, En Neo Teck Siong.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada masa ini, pengeluaran baja konvensional dihasilkan dari bahan biojisim khusus dan biasanya hanya boleh digunakan bagi spesies tumbuhan tertentu sahaja berbanding biobaja yang mengandungi  pelbagai nutrien untuk kegunaan pelbagai jenis tumbuhan.

Keunikan biobaja ialah sesuai untuk pelbagai spesis tumbuhan seperti orkid dan sayur-sayuran kerana ianya berintegrasi secara simbiotik dengan akar tumbuhan.

Mikroorganisma yang terlibat adalah mudah dan selamat serta dapat menukarkan bahan organik yang kompleks kepada sebatian mudah. Oleh itu, biobaja berkenaan mudah diserap oleh tumbuhan.

Biobaja mampu mengekalkan habitat semulajadi tanah, memberikan perlindungan terhadap kemarau dan beberapa penyakit bawaan tanah.

Manakala kosnya sangat efektif berbanding baja kimia, mesra alam, mampu, mencegah kerosakan sumber semula jadi dan membantu membersihkan tumbuhan daripada mendakan baja kimia.

Explore More