April 27, 2024

Search
Close this search box.
Dr. Zaini menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Mukhriz yang hadir untuk berbicara mengenai ekonomi semasa.

Kuala Lumpur, 13 Jun – Sekolah Perniagaan Antarabangsa (IBS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan Sesi Bicara Ekonomi Semasa oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir.

Sesi yang berlangsung di Dewan Bankuet UTM Kuala Lumpur telah dihadiri oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato’ Zaini Ujang, pegawai-pegawai kanan, staf serta mahasiswa tempatan dan antarabangsa.

Bicara mengkhusus kepada tajuk Peranan Siswazah Dalam  Transformasi Negara. Dato’ Mukhriz menegaskan ekonomi Malaysia kini berada di landasan yang betul dan berkembang dengan cepat.

Dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu terutama di negara –negara Eropah ,  Malaysia  menjadi destinasi pilihan pelabur-pelabur luar. Hasrat ke arah  menjadi negara maju pada tahun 2020, Malaysia kini menumpukan bidang perindustrian berteknologi tinggi.

Oleh itu peranan dan keterlibatan siswazah amat penting untuk merealisasikan hasrat tersebut. Untuk itu, Malaysia juga berusaha  memanggil pulang tenaga pakar yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara dengan memberi insentif yang baik di samping menyekat pengaliran keluar tenaga pakar.

Sesi yang berlangsung selama satu jam setengah diakhiri dengan soal jawab dan makan tengahari.

Explore More