April 24, 2024

Search
Close this search box.
Mohd Ashraf Che Ismail (kanan) mengelak tendangan lawannya dari UKM dalam acara bantamweight.

KUALA TERENGGANU, 30 April: Pasukan Teakwando Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memungut satu emas dan tiga gangsa di kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), yang berakhir semalam.

Iezzat Emeer Affandi yang bertarung dalam acara heavyweight 87 kg berjaya mengalahkan lawannya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala adiknya Ieqmal Emeer Affandi memenangi pingat gangsa menerusi acara light weight 68nkg.

Dua lagi gangsa dimenangi oleh Khairul Shamil Khairudin dan Mohd Izyan Zuhaili Zainuddin menerusi acara finweight bawah 54 kg dan flyweight 54 kg.

Iezzat Emeer yang ditemui di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UNISZA berkata kehadiran Naib Canselor Profesor Dato’ Dr Zaini Ujang menemui atlet Teakwando dan memberikan kata-kata peransang sebelum pertandingan berlangsung telah menaikkan semangat para peserta.

Beliau berkata kesudian Naib Canselor meluangkan masa mengunjungi atlet UTM yang berkampung di UNISZA merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada ahli sukan UTM.

Dr Zaini bergambar bersama atlet Teakwando di Dewan Al-Muktafi Billah Shah sebelum pertandingan.

Dr. Zaini Canselor tiba pada jam 9.30 pagi di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, setengah jam sebelum atlet UTM mengambil bahagian sempat bertanyakan khabar dan memberi kata-kata perangsang kepada sebahagian daripada 56 atlet UTM, termasuk ragbi dan sepaktakraw yang mengambil bahagiaan dalam kejohanan selama empat hari mulai 26 April.

Dr. Zaini berada di Kuala Terengganu bagi memenuhi undangan menyertai STC/Royal Terengganu Endurance Stable 2012 di Lembah Bidong.

Explore More