April 19, 2024

Search
Close this search box.
Dr. Zaini menerima cek sumbangan daripada wakil Gates Scholar Foundation En. Husni Ruslai sambil disaksikan oleh YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

 

KUALA LUMPUR, 22 Mac: – Pelbagai pihak terus memberi sumbangan bagi mengisi Tabung Endowment, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang kini berjumlah RM34.3 juta.

Naib Canselor Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, sumbangan terbaru berjumlah hampir RM423 ribu disampaikan oleh Gates Scholar Foundation RM261,900, hasil jualan buku “Akademia Baru” tulisan Dr Zaini RM82,425, Harvard Business School (HBS) Alumni Club of Malaysia RM50,000, Mohd Haniffa Abdul Hamid RM12,000, Persatuan Pesara UTM dan Koperasi Alumni UTM masing-masing RM3,000.

Gates Foundateh Husni Ruslai, HBS Alumni oleh Naib Presidennya Anuar Hamdan, Persatuan Pesara UTM oleh Yang Dipertuanya Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr Md Noor Salleh dan Koperasi Alumni UTM oleh Timbalan Pengerusinya Prof. Dr Mohd Nor Musa.

Sumbangan berkenaan disampaikan di majlis pelantikan Karyawan Tamu di UTM InternationalCampus, dekat sini hari ini. Dana Tabung Endowment UTM yang diwujudkan pada tahun 2010 bertujuan memberi ruang kepada pelbagai pihak menghulurkan sumbangan bagi merancakkan aktiviti kesarjanaan di UTM.

Buat permulaan seramai 52 mahasiswa telah menerima biasiswa berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Januari lalu. Setiap seorang menerima biasiswa berjumlah RM12,000 setahun daripada peruntukan RM 2.5 juta yang disediakan untuk 150 mahasiswa cemerlang mulai semester 2011/2012.

Menjelang 2020 UTM mensasarkan semua mahasiswa ijazah pertama mendapat biasiswa.

Oleh itu, semua graduan dan alumni UTM, ibu bapa, dermawan, dan pendokong UTM disarankan supaya sama-sama menghulur sumbangan kepada Tabung Endowmen.

Explore More