Search
Close this search box.
Tuanku Muhriz menyarungkan jubah ke badan Prof. Zaini sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Hj. Mohamad Hassan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEREMBAN, 27 November : Naib Canselor Dato’ Prof Ir Dr Zaini Ujang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433/2011 bagi peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus, sebentar tadi.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban.

Prof. Zaini menerima hadiah wang tunai RM10 ribu, pakej mengerjakan umrah bernilai RM6 ribu dan buku. Beliau adalah penerima ke 21 sejak Tokoh Maal Hijrah diperkenalkan pada tahun 1413 Hijrah. Anugerah disampaikan bertujuan memberi penghargaan kepada individu yang menyemarakkan syiar Islam.

Sebagai Tokoh Maal Hijrah, Prof. Zaini diberi penghormatan menyampaikan ucapan.

Sementara itu, Prof. Zaini ketika ditemui wartawan berkata resepi kejayaan beliau ialah berani berfikiran secara besar, berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan kerja untuk jangka masa panjang.

Explore More