April 24, 2024

Search
Close this search box.

UTM merangkul megah ‘Excellent Award’ dalam konvensyen berprestij di Yokohama, Jepun.

Kumpulan ICC e-TAP dari Fakulti Pendidikan bergambar kenangan bersama sijil kemenangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kumpulan Inovatif dan Kreatif ICC e-TAP dari Fakulti Pendidikan UTM berjaya menerima ‘Excellent Award’ di Konvensyen ICC ( Innovative & Creative Circle ) Antarabangsa di Pacifico Yokohama, Jepun pada 11 – 13 September 2011.

Konvensyen bekenaan dianjurkan Union of Japanese Scientists and Engineers (JUSE).

Sejarah konvensyen ini bermula pada tahun 1976 yang melibat hanya tiga buah negara iaitu Jepun, Korea dan Taiwan. Mulai 1978 konvensyen ini dibuka ke seluruh dunia dan diadakan buat pertama kalinya di Tokyo, Jepun dan seterusnya diadakan sebagai konvensyen tahunan di pelbagai negara.

Pada konvensyen kali ini yang diadakan di International Convention Centre, Pacifico Yokohama, sebanyak 149 kumpulan ICC dari pelbagai agensi seluruh dunia telah mengambil bahagian termasuk 20 kumpulan dari Malaysia.

Antaranya, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Hospital Tampin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Brother Industries Technology (M) Sdn. Bhd., Sharp Manufacturing Corporation (M) Sdn. Bhd., Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Samsung SDI (M) Berhad, The Sarawak State Treasury Department, PROTON (M) Bhd., Puncak Niaga (M) Bhd., RapidKL, Panasonic Electronic Devices Malaysia dan Southern Steel Berhad,

Sebanyak 14 kumpulan ICC dari Malaysia termasuk UTM telah mendapat ‘ Excellent Award ‘ dan 6 lagi mendapat ‘ Distinguished Award ‘.

Kumpulan e-TAP telah membentangkan projek bertajuk “ Pengurusan Latihan Mengajar Kurang Efisien “ di mana projek ini telah berjaya memperkenalkan satu sistem pengurusan latihan mengajar yang  memberi manfaat dan faedah kepada pengurusan latihan mengajar di 1102 buah sekolah diseluruh negara.

Sistem ini juga mendapat perhatian dari beberapa IPT yang menjalankan program perguruan untuk digunapakai di IPT berkenaan. Sistem ini dinamakan ‘ Sistem Pengurusan Latihan Mengajar (SPLM)’ yang boleh dilayari melalui laman web Fakulti Pendidikan, UTM (www.fp.utm.my)

Semasa sesi pembentangan dijalankan, panel juri yang terdiri dari panel dari negara Jepun dan Negara Indonesia, amat tertarik dengan sistem ini dan menyarankan agar sistem ini dapat diperluaskan di peringkat lebih jauh lagi.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah UTM,  staf bukan akademik telah dapat menyertai dan bersaing dalam pertandingan berprestij di peringkat antarabangsa dan seterusnya berjaya membawa pulang satu pengiktirafan yang cemerlang.

Kejayaan mereka akan menjadi pemangkin kepada kumpulan KIK yang lain dan mengarusperdana usaha-usaha inovasi dan kreatif sejajar dengan MOTO UTM iaitu MENJANA MINDA KREATIF & INOVATIF.

Explore More