April 25, 2024

Search
Close this search box.

DYMM Raja Zarith sertai sesi perkongsian ilmu bersama mahasiswa UTM

JOHOR BAHRU, 13 Mac 2017 – Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan menghadiri sesi perkongsian ilmu bersama mahasiswa Universiti teknologi Malaysia (UTM).

DYMM Raja Zarith memberikan pandangan kepada hadirin.

Program bertajuk “Can university’s student motivate and guide secondary student”? adalah anjuran Kelab Bahasa Inggeris Canselor UTM itu telah berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, kampus Johor Bahru.

Hadir sama di program berkenaan Naib Canselor, Prof. Dato’ Ir. Dr. Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz dan Pengarah Hal Ehwal Korporat, Prof. Dr. Masputeriah Hamzah.

Pelajar mengambil peluang untuk bertanya dan memberikan maklum balas.
DYMM Raja Zarith bergambar bersama pelajar.

Pengarah Program Sakeshraj Narajah berkata, sesi itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ucapan oleh tujuh orang mahasiswa dari Kelab Bahasa Inggeris Canselor UTM dan sesi kedua pula adalah peluang hadirin untuk mengulas dan memberikan pandangan terhadap topik yang telah dikongsikan.

“Setiap pengucap mempunyai gaya sentuhan tersendiri mengenai topik ucapan yang mereka kongsikan dan hadirin diberikan peluang untuk memberi maklum balas masing-masing terhadap topik yang telah dikongsikan,” katanya.

Pengucap adalah Nurmiza Nabilah Bushran, Aashwiny Chandrasegar, Soh Ann Ting, Mohammad Wazif Mohd Sallehudin, Tan Xin Hui, Sharmilly Thurai Raja dan Darchanaa Yugapuriyan.

Sesi berakhir dengan DYMM Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM memberikan pandangan baginda terhadap isu lapan orang kanak-kanak dan remaja berbasikal yang terkorban akibat rempuhan kenderaan di Johor Bahru, baru-baru ini.

“Dalam isu ini, baginda telah menimbulkan persoalan mengenai apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara seperti itu berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Explore More