November 26, 2024

Search
Close this search box.
Pasukan UTM menerima hadiah dari  Datuk Haji Omar Abd Rahman.

PUTRAJAYA, 29 November: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memenangi hadiah utama  Juara Kemuncak Nasional, MyInovasi2012 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menerusi projek bertajuk Compact Rehabilitation Robot.

Projek ini dikendalikan oleh tiga mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Khor Kang Xiang, Patrick Chin Jun Hua dan Fu Suan Kian membawa pulang hadiah geran wang tunai RM50,000 di bawah penyeliaan Dr Yeong Che Fai.

Di samping itu, UTM turut memenangi hadiah Penyertaan Terbanyak dengan 20 projek. Sebanyak 700 penyertaan dari seluruh negara menyertai pertandingan tersebut yang bermula beberapa bulan lalu dan 60 projek sahaja dipilih untuk ke peringkat akhir.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Haji Omar Abd Rahman. Timbalan Naib Canselor Hal ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Hj. Ninggal menerima hadiah bagi Penyertaan Terbanyak.

Pertandingan ini adalah satu program panji mercu Kementerian Pengajian Tinggi untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti demi manfaat kepada masyarakat yang terbuka kepada pelajar pelajar universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti.

 

Explore More