November 25, 2024

Search
Close this search box.
n ()

Majlis Santapan Diraja UTM 2024: Membugar Keprihatinan Masyarakat dalam Membangun Generasi Berilmu

PUTRAJAYA, 20 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meneruskan usaha mempertingkat dana sumbangan Endowmen Universiti melalui penganjuran Majlis Santapan Diraja UTM 2024 (UTM Royal Gala Dinner 2024). Penganjuran acara dwitahunan ini berlangsung di Putrajaya Marriot Hotel menerima keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, Canselor UTM.

Majlis Santapan Diraja UTM yang diadakan secara dwitahunan ini bertujuan mengumpul dana untuk membantu pelajar UTM melalui pelbagai bentuk bantuan seperti biasiswa, bantuan sara hidup, pembayaran yuran pengajian, bantuan perubatan, makanan percuma, serta penyediaan peralatan pembelajaran. Program ini mencerminkan komitmen UTM membugar keprihatinan masyarakat dalam memastikan setiap individu mendapat peluang pendidikan yang berkualiti, selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran tinggi untuk negara.

mini magick ktlj
Permaisuri Agong berkenan untuk hadir dan merasmikan RGD

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang dan dermawan yang telah menyalurkan sumbangan untuk menjayakan usaha murni bagi membantu UTM melahirkan bakat serta melaksanakan penyelidikan berimpak sepertimana yang diperlukan negara.

Dalam ucapannya juga, “Saya amat terharu dengan sokongan, keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua penyumbang dalam membantu pihak Universiti menjayakan agenda kecemerlangan UTM. Sumbangan ini amat besar ertinya buat warga Universiti serta ahli komuniti yang berkeperluan.”

n
Naib Canselor UTM sewaktu berucap di Majlis Santapan Diraja 2024

Dana yang dikumpul melalui Majlis Santapan Diraja ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi merupakan sebuah pelaburan jangka panjang dalam pembangunan bakat masa hadapan negara. Setiap ringgit yang disumbangkan membantu menyediakan pelajar kita dengan akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti, membolehkan mereka mengembangkan potensi diri serta menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara. Usaha murni ini bukan hanya meringankan beban pelajar, tetapi juga membuka ruang untuk mereka mencipta masa depan yang lebih cemerlang.

UTM RGD 2024 bukan sekadar majlis makan malam yang eksklusif, sebaliknya merupakan platform untuk meraikan para penyumbang yang telah banyak menyumbang kepada UTM bagi merealisasikan impian pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tanpa halangan kewangan. UTM komited untuk meneruskan usaha dalam memastikan semua pelajar mendapat peluang yang sama untuk berjaya dalam pendidikan.

Dana yang akan dikumpul menerusi UTM RGD 2024 ini akan disalurkan ke beberapa tabung pendidikan UTM, termasuk Tabung Endowmen UTM, Tabung Dana Wakaf Pendidikan UTM, Tabung Because We Care Chancellor Fund, Tabung Endowmen Alumni UTM, dan Tabung Endowmen UTMSPACE. Melalui usaha ini, UTM berharap untuk membangunkan ekosistem pembiayaan pendidikan yang lestari dan menyeluruh bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjamin.

n
Salah seorang pelajar yang menerima Biasiswa Endowmen Azman Hashim

Menerusi penganjuran iniasiatif ini sebanyak lebih RM6.4 juta berjaya dikumpulkan melalui sumbangan para dermawan daripada kerajaan negeri, syarikat korporat, industri, alumni UTM, staf dan juga individu.

Pada majlis berkenaan, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyaksikan persembahan replika cek biasiswa Endowmen dan Wakaf UTM kepada empat penerima dan juga sumbangan penajaan daripada Pejabat Premier Sarawak.

Empat penerima berkenaan termasuklah Tan Wei Li, Biasiswa Endowmen Azman Hashim; Raakesh Ovannan, Biasiswa Endowmen AlBukhary; Nor Aida Nabilah Hisyamudin, Biasiswa Endowmen Daing Abdul Rahman Daing Mohamad dan Abdul Rahman Musliman, Biasiswa Wakaf UTM-Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Turut berkenan berangkat dalam majlis ini ialah Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Pro-Canselor UTM. Di samping itu, majlis ini juga dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Yang Berbahagia Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang serta Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Yang Berbahagia Tan Sri Azman Mokhtar.

Explore More