November 22, 2024

Search
Close this search box.
Screenshot []

Kupasan Pra Belanjawan Negara 2025: Fokus pada keterangkuman sukan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pengarah Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan (SITC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip telah dijemput bagi mengupaskan tajuk “Pra Belanjawan Negara 2025: Keterangkuman Signifikan Konteks Sukan” di Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM TV1.

Seperti yang diketahui umum, Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan Belanjawan Negara pada 18 Oktober 2024. Ini merupakan satu penghormatan kepada UTM apabila pensyarahnya dijemput bagi membicarakan peruntukan sukan dalam belanjawan tersebut.

Dalam kupasannya, Ts. Dr. Hadafi Fitri menyatakan bahawa Pra Belanjawan 2025 menggariskan beberapa inisiatif utama selaras dengan kerangka “Ekonomi MADANI”, yang menekankan pertumbuhan ekonomi mampan, keterangkuman, dan kesejahteraan sosial. Dari perspektif sukan, inisiatif-inisiatif ini berpotensi memberi kesan yang signifikan dalam meningkatkan kesihatan awam, mewujudkan peluang pekerjaan, serta membangunkan infrastruktur sukan.

WhatsApp Image at
Studio Selamat Pagi Malaysia RTM Angkasapuri

Sebagai contoh, di bawah inisiatif “Menaikkan Siling”, yang bertujuan meningkatkan daya saing Malaysia, pelaburan dalam infrastruktur, termasuk kemudahan sukan, dijangka membantu mengembangkan industri sukan. Selain itu, dengan tumpuan kerajaan terhadap pendidikan, inovasi, dan pembangunan belia, sokongan terhadap program pembangunan bakat, termasuk dalam sukan, mampu memperkukuh kedudukan Malaysia di persada sukan antarabangsa dan merangsang acara sukan tempatan.

Inisiatif “Menaikkan Lantai pula menekankan peningkatan kualiti hidup rakyat dan sukan berupaya menjadi pemacu utama dalam mempromosikan gaya hidup sihat, penglibatan komuniti, serta mengurangkan kos penjagaan kesihatan melalui program kehidupan aktif.

Keseluruhannya, Pra Belanjawan ini berpotensi menyokong inisiatif sukan melalui peningkatan pelaburan dalam pendidikan sukan, inovasi teknologi sukan, serta penyediaan kemudahan yang lebih baik.

Screenshot []
Penerangan Pengarah SITC UTM
Belanjawan 2024 dan Pra Belanjawan 2025 berbeza dari segi pendekatan dan fokusnya terhadap sektor sukan. Belanjawan 2024 memberi tumpuan kepada sokongan kewangan langsung, termasuk peruntukan RM30 juta melalui Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS) yang ditujukan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Peruntukan ini menekankan sokongan kepada usahawan wanita dalam sektor sukan, bertujuan memperkasakan perniagaan kecil dalam industri tersebut.

Sebaliknya, Pra Belanjawan 2025 tidak menyebut peruntukan khusus untuk sukan, tetapi lebih menumpukan kepada pelaburan dalam infrastruktur dan inovasi. Walaupun sukan tidak diberikan fokus secara langsung, pelaburan ini mungkin memberikan impak signifikan kepada pembangunan fasiliti dan teknologi sukan, khusunya melalui penyelidikan dan inovasi. Peruntukan untuk pembangunan teknologi ini berpotensi meningkatkan kualiti penyediaan latihan serta kemudahan sukan di Malaysia. Inisiatif ini selari dengan peranan SITC UTM sebagai Pusat Satelit Teknologi Sukan Negara bagi Zon Selatan, yang telah diiktiraf oleh Institut Sukan Negara (ISN).

WhatsApp Image at ()
Kupasan Pra Belanjawan 2025 oleh Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip

Secara keseluruhan, Belanjawan 2024 lebih terarah kepada sokongan kewangan langsung kepada PMKS dan usahawan sukan wanita untuk memperkukuh ekonomi sukan melalui akses kepada modal. Sementara itu, Pra Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada pembangunan jangka panjang melalui inovasi, pelaburan infrastruktur dan teknologi, yang boleh membawa manfaat kepada sukan melalui pembangunan fasiliti dan penyelidikan.

Oleh SITC UTM, Pusat Satelit Teknologi Sukan Negara ISN

Explore More