September 25, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at ()

300 sukarelawan jayakan Program Hari Sungai Sedunia 2024 di Tebrau

JOHOR BAHRU, 21 Sept. – Seramai 300 orang sukarelawan telah menyumbang tenaga dalam menjayakan Program Hari Sungai Sedunia (HSS) 2024 yang berlangsung selama dua hari di Sungai Tebrau, bermula pada 20 September 2024. Sukarelawan tersebut terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SETA), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Flextronics (M) Sdn. Bhd, Southern Volunteers, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang perseorangan.

WhatsApp Image at
Pengarah Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS), Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md. Din menyertai sukarelawan HSS 2024 di tebing Sungai Tebrau
WhatsApp Image at
Sukarelawan Southern Volunteers giat menjalankan kutipan sampah di tebing Sungai Tebrau

Dalam program tersebut, sukarelawan terlibat dalam aktiviti Kutip Sambil Riadah (KUDAH) di sepanjang tebing Sungai Tebrau ini, telah berjaya mengumpulkan sebanyak 857.1 kilogram sampah.

WhatsApp Image at
Petugas UTMCS mengumpulkan sisa kutipan aktiviti KUDAH di stesen pengumpulan sisa HSS 2024
WhatsApp Image at ()
Sampah yang berjaya dikumpulkan dengan jumlah keseluruhan seberat 857.1 kilogram

Program Hari Sungai Sedunia 2024 ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Tuan Ling Tian Soon, yang mewakili Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

WhatsApp Image at
Perasmian Program HSS 2024 disempurnakan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof

Program ini adalah hasil kolaborasi antara UTM, Yayasan Johor Corporation (JCorp), dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dengan tema “Sungai dan Alur Air Dalam Komuniti Kita.” Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta rasa tanggungjawab semua pihak terhadap kepentingan menjaga dan melestarikan sungai-sungai di Malaysia.

Lebih daripada 2,000 orang pengunjung turut memeriahkan sambutan HSS 2024. Acara kemuncak termasuk penyampaian Anugerah Khas Sumber Air kepada komuniti setempat turut diadakan sebagai penghargaan atas usaha mereka dalam memelihara sungai. Beberapa watikah dan anugerah lain turut disampaikan, seperti Program Sungai Angkat bagi Sungai Tebrau, National River Care Fund (NRCF), Watikah River Rangers, Anugerah Tesis Sumber Air Terbaik, dan Peluncuran Papan Tanda River Address Sungai Tebrau.

Sambutan HSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 ini diharapkan agar dapat meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat terhadap pentingnya menjaga sungai sebagai sumber air negara, serta menjadi pemangkin bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik dalam pengurusan sumber air secara lebih sistematik.

Explore More