November 25, 2024

Search
Close this search box.
DSC

JOHOR BAHRU, 12 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil peluang menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warganya sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia menerusi program “Merdeka! Kerana Tuhan untuk Manusia 2024” yang diadakan di sini hari ini.

Program berkenaan melibatkan tiga acara utama, iaitu Program Konvoi Merdeka UTM 2024 sempena Merdeka Ride Beach Cleaning di Jason Bay, Sedili, Kota Tinggi; Forum “Kemerdekaan” Berpaksikan Al-Quran di Masjid Sultan Ismail; dan Majlis Penutup Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 di Dataran Agora, UTM Johor Bahru.

Acara pembukaan menyaksikan sesi pelepasan Konvoi Merdeka yang disempurnakan oleh oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, bertempat di Dataran UTM.

image
Cara pelepasan Konvoi Merdeka UTM 2024 ke Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay), Tanjung Sedili, Kota Tinggi

Menurut Prof. Daatuk Ahmad Fauzi dalam ucapan perasmiannya sewaktu acara pelepasan Konvoi Merdeka, program ini menjadi bukti warga UTM mempunyai komitmen yang tinggi dan jati diri yang hebat dalam meraikan sambutan  Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Penyertaan komuniti UTM seramai 250 orang peserta yang melibatkan 53 buah motosikal, 44 buah kereta, dua lori dan juga bas dalam program ini kita dedikaasikan khas buat warga Johor dan juga penduduk setempat yang bakal kita kunjungi selain acara penyerahan sumbangan kepada keluarga asnaf  serta program motivasi kepada pelajar SPM dan juga aktiviti gotong-royong. Pengisian program sebegini bukan sekadar menyemarakkan semangat patriotisme bahkan memberi manfaat kepada pihak-pihak yang amat memerlukan. Inilah semarak merdeka yang benar-benar bermakna.,” ujar Prof. Datuk Ahmad Fauzi.

image

Sementera itu, acara Forum ‘Kemerdekaan Berpaksikan Al-Quran’ turut memaknakan lagi penganjuran program ini. Forum ini menampilkan Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor, Prof. Dato’ Dr. Kassim Thukiman,  dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof. Dr. Arrief Salleh bin Rosman sebagai panel yang membangkitkan erti merdeka buat warga UTM.

DSC ()
Forum ‘Kemerdekaan Berpaksikan Al-Quran’ di Ruang solat Utama, Masjid Sultan Ismail, UTM Johor Bahru

Sementara itu, Majlis Penutup Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 di Dataran Agora, UTM menjadi acara kemuncak bagi Program “Merdeka! Kerana Tuhan untuk Manusia 2024” menyaksikan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Sr. Dr. Kherun Nita Ali bersama Prof. Datuk Ahmad Fauzi membuat penampilan khas menerusi sesi deklamasi sajak bertemakan “Merdeka! Kerana Tuhan Untuk Manusia.”

DSC
Prof. Kherun Nita bersemangat mendeklamasikan sajak sewaktu acara penutup pagi tadi
DSC
Prof. Datuk Ahmad Fauzi mendeklamasikan sajak sewaktu majlis berkenaan

Prof. Datuk Ahmad Fauzi dalam ucapan penutupnya turut berkongsi erti kemerdekaan yang hakiki melalui penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan meyakini segala perancangan-Nya. Beliau turut menekankan kepentingan frasa “Kerana Tuhan untuk Manusia” sebagai simbol penyerahan diri dan kesucian jiwa dalam membela nasib anak bangsa.

Beliau menambah, “Tepat sekali Universiti Sanjungan Bangsa ini memilih frasa Kerana Tuhan untuk Manusia sebagai laungan keramat dan pembangkit semangat. Bersama-samalah kita membina Universiti Sanjungan Bangsa dengan penuh azam dan cita-cita, Kerana Tuhan untuk Manusia.”

DSC

Explore More