November 22, 2024

Search
Close this search box.
L

Blok L12 KTHO siap awal: Bukti komitmen UTM terhadap pembangunan mampan

JOHOR BAHRU, 11 Sept. – Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan Blok L12, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UTM Johor Bahru lebih awal daripada jadual asal. Penyerahan rasmi ini kepada pihak UTM oleh syarikat kontraktor dilakukan hari ini, mendahului tarikh penyiapan yang dijadualkan pada 26 September 2024.

Kolej kediaman ini, yang berkapasiti menampung 530 orang pelajar, kini siap sepenuhnya, sekali gus membolehkan ia dibuka tepat pada waktunya bagi kemasukan pelajar semester baharu. Penyiapan awal ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha UTM menyediakan kemudahan kediaman berkualiti kepada para pelajar, memastikan mereka dapat belajar dalam persekitaran yang selesa serta kondusif.

L
Penyerahan projek L12 yang sedia didiami pelajar
Picture
Kombinasi tona warna menyerlahkan wajah baru blok L12

Kerja menaik taraf ini juga sejajar dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan). UTM komited menyediakan infrastruktur berkualiti tinggi yang menyokong pembelajaran, dan tempat tinggal yang selesa dan mesra alam adalah elemen penting dalam ekosistem pendidikan yang menyokong matlamat ini.

Selain itu, projek ini turut menyumbang kepada SDG 9 (Infrastruktur, Industri dan Inovasi) dengan menyediakan infrastruktur yang mampu menampung peningkatan jumlah pelajar. Dengan kapasiti yang besar, Blok L12 dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan di kolej kediaman lain, sekali gus memberikan lebih ramai pelajar akses kepada kemudahan yang lebih baik.

L
Persekitaran blok L12 yang selesa dan kondusif
L A
Sebelum dan selepas luar bangunan dicat
L B
Sebelum dan selepas tandas dinaik taraf
Penyiapan awal projek Blok L12 ini membuktikan komitmen UTM terhadap kualiti dan kecekapan dalam pembangunan infrastruktur, sekali gus mengukuhkan kedudukan UTM sebagai universiti yang bukan sahaja menyediakan pendidikan bertaraf dunia, tetapi juga memajukan agenda pembangunan mampan.

Explore More