November 25, 2024

Search
Close this search box.
GAMBAR

Program kepimpinan berimpak tinggi UTM di Oxford tingkatkan kredibiliti

UNITED KINGDOM, 26 Ogos  –  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah menganjurkan Strategic and High-Impact Leaders Programme (SHLP) 2024 pada 11 hingga 17 Ogos 2024 di Saïd Business School, University of Oxford. Program ini merupakan program khas CTLD, Jabatan Pendaftar, dan adalah program kepimpinan berimpak tinggi pertama yang dianjurkan. Objektif program ini adalah untuk melengkapkan pemimpin kanan dengan kemahiran, pengetahun, dan perspektif yang diperlukan untuk memacu perubahan bermakna dalam organisasi.

GAMBAR
Peserta menuju ke Saïd Business School, University of Oxford

Program ini disertai oleh 26 orang peserta dari pelbagai institusi termasuk UTM, Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Taylor’s Universiti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE).

Intipati modul program kepimpinan berimpak tinggi ini melibatkan enam (6) komponen utama iaitu Multi-Perspektif Kepimpinan Strategik dan Berimpak Tinggi, Komunikasi Kepimpinan Berimpak Tinggi, Inovasi dan Pengurusan Perubahan, Digital Transformasi, Perancangan Strategik dan Pelaksanaannya, dan Kepimpinan berasakan Nilai.

GAMBAR
Sesi latihan pembangunan kepimpinan bersama semua peserta
GAMBAR
Aktiviti berkumpulan semasa program

Modul-modul ini diketuai oleh Dr. Amat Taap Manshor selaku Ketua Fasilitator bersama tiga penceramah luar negara, iaitu Profesor Irene Ng dari University of Warwick, dengan perkongsian berkaitan Innovating and Change in the Digital Economy, Mr. Aleem Cummins (Chief Outcome Activator at Splunk Trust and Strategic Advisor at Horizon3.ai) dengan perkongsian berkaitan Digital Transformation, dan Mr. Darren J.McDermoot (International Development Team Leader and Consultant) dengan perkongsian berkaitan Value-Based Leadership.

GAMBAR
Sesi bersama ketua fasilitator, Dr. Amat Taap Manshor
GAMBAR
Sesi Perkongsian: Innovating and Change in the Digital Economy oleh Profesor Irene Ng., University of Warwick
GAMBAR
Sesi Perkongsian: Digital Transformation oleh Mr. Aleem Cummins, Chief Outcome Activator at Splunk Trust and Strategic Advisor at Horizon3.ai
GAMBAR
Sesi Perkongsian: Value-Based Leadership oleh Mr. Darren J.McDermoot, International Development Team Leader and Consultant

Kesemua modul ini memenuhi kompetensi kepimpinan yang diperlukan oleh seorang pemimpin. Para peserta yang telah melengkapkan semua keperluan modul dan melalui penilaian akan dianugerahkan Assured Profesional Certificate in Advanced Leadership dari Institute of Leadership Management (ILM) United Kingdom. Pensijilan berprestij ini diiktiraf di peringkat global.

Sepanjang program berbentuk latihan pembangunan kepimpinan ini berlangsung, peserta dapat memahami dan mengaplikasikan pendekatan kepimpinan strategik dan berimpak tinggi dari pelbagai perspektif dengan mengambil pandangan dari universiti, badan kerajaan, persatuan profesional, dan pengamal industri untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sektor awam.

Explore More