November 25, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at AM

Kelab GPS dinobatkan johan dalam Anugerah Penggerak 2023

IPOH PERAK, 14 Jul. – Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Penggerak Kepenggunaan (Kategori Gerakan Pengguna Siswa) bagi tahun 2023, sekali gus menjadikan Kelab GPS ini sebagai yang terbaik di peringkat kebangsaan.

Pengumuman tersebut telah diumumkan oleh Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak semasa Majlis Penutupan Sambutan Hari Anugerah Penggerak Kepenggunaan (APK) dan Program Festival Pengguna KPDN 2024 (CONFEST ‘24).

Kelab GPS UTM Johor Bahru, yang diwakili oleh Penasihat, Presiden dan Barisan Majlis Tertinggi, telah menerima wang tunai bernilai RM5000 berserta plak dan sijil yang diterima oleh En. Mohammad Hasyiq Haji Hamdan, Insyirah Ash’ari, dan Muhammad Najmi Shah Muhamed Azam Shah. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Datuk Armizan Mohd Ali.

Barisan Kelab GPS Johor Bahru menerima Johan Anugerah Penggerak Kepenggunaan (Kategori Gerakan Pengguna Siswa) bagi tahun 2023

Sambutan Hari Anugerah Penggerak Kepenggunaan (APK) 2024 berlangsung selama tiga hari, bermula dari 12 hingga 14 Julai 2024. Sepanjang CONFEST ‘24, Kelab GPS UTM Johor Bahru telah menghantar beberapa wakil untuk menyertai Pertandingan Cabaran Bakul Pengguna 2024 Peringkat Kebangsaan.

Kelab ini telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut dan menerima wang tunai sebanyak RM3000 berserta piala dan sijil yang diterima oleh En. Mohammad Hasyiq, Muhammad Najmi Shah dan Akmal Rizal Zaini.

Barisan Pemenang mendapat Johan dalam Cabaran Bakul Pengguna 2024 Peringkat Kebangsaan 
Barisan pemenang menerima Johan dalam Cabaran Bakul Pengguna 2024 Peringkat Kebangsaan
Pemenang Pertandingan Cabaran Bakul Pengguna 2024 Peringkat Kebangsaan

Explore More