November 10, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at PM

Kursus Google Sheets 2.0 perkasa kemahiran dalam pengurusan data

JOHOR BAHRU, 13 Ogos Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) melalui Bahagian Pengurusan Aset (BPA) telah menganjurkan kursus “Automasi Pejabat Dengan Google Sheet 2.0” pada 13 Ogos 2024. Kursus ini diadakan di Makmal Komputer, Aras 3, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Kursus ini, yang dikendalikan oleh Seksyen Pembangunan, telah menarik penyertaan seramai 38 orang staf dari pelbagai seksyen di Bahagian Pengurusan Aset. Matlamat utama kursus adalah untuk memperkenalkan teknik dan kaedah automasi pejabat menggunakan Google Sheet 2.0, yang kini semakin popular dalam pengurusan data dan tugas harian.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai modul termasuk penggunaan formula automasi, pengendalian data berskala besar, serta integrasi dengan aplikasi lain dalam ekosistem Google Workspace. Tenaga pengajar berpengalaman, En. Shamsul Azli bin Shamsuray, membimbing para peserta melalui sesi latihan praktikal yang interaktif, memberikan mereka peluang untuk mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi dalam situasi kerja sebenar.

WhatsApp Image at PM
Penceramah En. Shamsul Azli bin Shamsuray, membimbing para peserta melalui sesi latihan praktikal yang interaktif
WhatsApp Image at PM
Kelihatan para peserta memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi praktikal dijalankan
WhatsApp Image at PM ()
Semasa sesi kursus berlangsung

Pada akhir kursus, peserta menyatakan kepuasan dan keyakinan untuk mengaplikasikan kemahiran baru ini dalam tugas harian, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan dan produktiviti organisasi. Kursus ini diharapkan menjadi langkah awal dalam usaha memacu inovasi di tempat kerja, selaras dengan visi universiti untuk menjadi peneraju dalam bidang teknologi dan pengurusan, sering dengan pemantapan kemahiran digital dalam era transformasi digital masa kini.

Foto oleh: En. Haslizam

Explore More