Disember 19, 2024

IMG

Inspirasi dan aspirasi mahasiswa baharu UTM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 26 Jul.  Minggu Mesra Mahasiswa (3M) ambilan Asasi & Diploma sesi 2024/2025 telah berlangsung pada 22 hingga 26 Julai 2024 di sekitar kawasan kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Dalam usaha memperkasa dan mentransformasikan negara pada masa akan datang, sejumlah 593 orang pelajar yang telah berjaya melangkahkan kaki ke kampus UTM Kuala Lumpur bagi meneruskan pengajian Asasi dan Diploma. Terbahagi kepada 15 program Diploma dan 3 program Asasi iaitu Sains Sosial, Sains Hayat dan Sains Fizikal.

IMG
Sesi Amanat Naib Canselor UTM (Minggu Mesra Mahasiswa Asasi & Diploma Sesi 2024/2025).
IMG
Minggu Orientasi yang diadakan oleh pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTM Kuala Lumpur menyuntik semangat pelajar supaya lebih mandiri.

Chua Ying Huey yang berasal dari Hulu Perak, telah memilih jurusan Asasi Sains Sosial menyifatkan kehadiran beliau ke UTM Kuala Lumpur untuk menjadi Pegawai Psikologi pada suatu hari nanti. Impian tersebut telah didorong oleh ibu beliau yang bertugas sebagai seorang guru, manakala bapanya merupakan ahli perniagaan.

WhatsApp Image at PM
Peluang menyambung pelajaran bukan sahaja meningkatkan kemahiran tetapi membantu mereka untuk lebih bersedia dengan cabaran akan datang.

Seorang lagi pelajar, Kaaviyaa A/P Kumaran pula yang telah berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar program Asasi Sains Hayat, telah pun membenih impian untuk menjadi seorang ahli farmasi melalui permohonan dari laman sesawang ambilan UTM. Mahasiswa yang berasal dari Klang ini berkata, beliah memilih UTM kerana saranan dari ibu saudara Kaaviyaa yang merupakan alumni UTM.

WhatsApp Image at PM
Peluang untuk meneruskan pengajian Asasi di UTM Kuala Lumpur akan digunakan sebaik mungkin.

Sepanjang minggu orientasi ini, mereka di ingatkan supaya sentiasa menjaga tutur kata, berpenampilan kemas, dan amanah ketika memikul tanggungjawab sebagai seorang Mahasiswa. Aktiviti yang diadakan bagi memperkenalkan suasana pembelajaran di kampus supaya tidak ada istilah “kejutan budaya”.

Rata-rata Mahasiswa yang telah berjaya mendaftar sebagai Mahasiswa ambilan Asasi & Diploma Sesi 2024/2025 UTM Kuala Lumpur menyatakan impian mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti hidup pada masa hadapan.

WhatsApp Image at AM
Menyambung pengajian bukan sahaja berpeluang dalam memajukan diri sendiri sahaja, secara langsung turut menaik taraf hidup keluarga pelajar.

Explore More