JOHOR BAHRU, 2 Jul. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa komited menyokong aspirasi kerajaan bersempena Minggu Latihan Kebangsaan 2024 dengan turut mengambil peluang mengadakan pelbagai program dan seminar yang bertujuan memperkasa pengetahuan dan kemahiran staf UTM serta masyarakat umum yang berfokus kepada pembangunan diri, teknologi dan inovasi.
Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) dengan Kolabrasi Strategik dengan Syarikat Acson Malaysia Sdn. Bhd. telah menganjurkan UTM National Training Week (NTW) 2024 dengan tema “Seminar dan Latihan Teknikal Sistem Hawadingin 2024 ” telah berlangsung secara fizikal pada 2 Julai 2024 di Dewan Kuliah 4 Blok P19.
Seminar ini merupakan anjuran bersama Seksyen Penyenggaraan, Fasiliti dan Infra (SPFI), BPA-JTNCP, UTM Johor Bahru dengan kerjasama Syarikat Acson Malaysia Sdn. Bhd. dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).
UTM juga berharap program ini menjadi platform efektif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran peserta, serta mengukuhkan jaringan kolaborasi antara UTM dan komuniti serta industri.
Menurut Ketua Program Ts. Dr. Imanurezeki Hj. Mohamad program ini mendapat sokongan penuh daripada Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa.
Tajuk seminar yang telah diadakan termasuk:
- “Chilled Water System” oleh Mr Devandran
- “AHU System and Design” oleh Encik Sharil.
- “VRF System and Design” oleh Mr Ivan Lim.
- “Split Unit System and Troubleshooting” oleh En Rusli
- “PAC System & Smart solution” oleh Encik Hafiz
- “Service Business Solution : Easitouch + Anticorrosion” oleh Mr Ivan Lim
Seminar secara fizikal ini telah mendapat sambutan menggalakan daripada pelbagai golongan peserta iaitu daripada kontraktor penyaman udara Johor, staf teknikal, pensyarah dan pelajar. Ini terbukti dengan kehadiran menggalakkan iaitu kehadiran berjumlah 320 orang peserta lebih dari sasaran 150 peserta.