JOHOR BAHRU, 15 Jul. – Majlis Profesor UTM (MPUTM) telah berjaya mengadakan Program Jom Mengopi 2.0 bersama MPUTM “Engagement Session: Meet & Chat Professors”. Program ini merupakan siri kedua dengan objektif untuk menyediakan platform bagi para Profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berdiskusi dan bertukar idea dalam memberi input-input strategik dan mempromosikan kecemerlangan Universiti. Topik yang dibincangkan dalam siri 2.0 adalah “UTM tercorot antara Universiti Penyelidikan (RU) dalam Reputasi Akademik dan Majikan pada graduan kita. Apakah strategi dan peranan Profesor UTM?”
Program ini dimoderasikan oleh Prof. Sr. Gs. Dr. Mazlan Hashim (Pengerusi MPUTM) dan dihadiri Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md Din (Exco MPUTM), Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar, Prof. Sr Dr. Kherun Nita Ali, Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Prof. Dr. Zainura Zainon Noor, Prof. Dr. Azmi Aris dan Prof. Ir. Dr. Marlinda Abdul Malek.
Turut hadir sebagai tetamu khas adalah Prof. Madya ChM Dr. Che Rozid Mamat, Pengarah Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat (OSCA) dan Prof. Madya Dr. Suresh A/L Ramakrishnan, Timbalan Pengarah Global Strategy & Engagement (GSE), UTM International. Turut hadir sama En. Jaffrey Samsul Bahrin, Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor dan Cik Rohaizan Khairul Anuar, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, OSCA.
Sesi ini telah membincangkan dua topikal utama fokus utama adalah pada faktor-faktor penyumbang reputasi akademik UTM (AR) dan Reputasi Majikan (ER) kepada graduan UTM dalam konteks penarafan Universiti Global. Secara keseluruhannya, program yang berlangsung 1 jam 30 minit ini telah mencapai objektif dimana input-input hasil perbincangan ini telah disalurkan terus kepada pihak OSCA dan UTM International dan akan digarap bersama dalam perbincangan strategi Universiti.
“Sesi ini tidak hanya menjadi platform diskusi, sahaja tetapi juga sebagai pemangkin kepada transformasi strategik Universiti. Kami berkomitmen untuk memastikan input-input yang dihasilkan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang efektif dalam merumuskan strategi UTM ke arah meningkatkan reputasi Universiti di mata dunia” – Prof. Sr. Gs. Dr. Mazlan Hashim (Pengerusi MPUTM)
Program ini telah mendapat maklum balas positif dari ahli MPUTM dan siri seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat dengan jemputan tetamu khas mengikut topik yang akan dibincangkan kelak.