November 23, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

UTMCS-ISI anjur Karnival Mini SDG perkenal konsep kelestarian kepada komuniti awam

JOHOR BAHRU, 29 Jun –  Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS) dengan kerjasama Institut Sultan Iskandar (ISI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Karnival Mini SDG bagi memperkenalkan matlamat kelestarian mampan kepada komuniti awam.

Program yang juga mendapat kerjasama dari AEON ini telah berlangsung di Pusat beli belah AEON Mall, Taman Universiti , Skudai, Johor.

WhatsApp Image at
Dr. Jamilia Mohd Marsin, Pengarah Program Karnival Mini SDG 2024 melayani seorang pengunjung kanak-kanak yang khusyuk bermain dengan Dam Ular SDG.

Pengarah Program,  Dr. Jamilia Mohd Marsin berkata tujuan sebenar penganjuran program ini adalah bagi memperkenalkan kepada komuniti awam setempat mengenai ciri-ciri Matlamat Pembangunan Mampan atau lebih sinonim dikenali sebagai  ’Sustainable Development Goal’ (SDG).

”Tujuan sebenar kita menganjurkan program ini adalah untuk memperkenalkan  konsep SDG ini kepada komuniti awam dan kita berpeluang untuk tunjukkan kepada mereka bagaimana konsep kelestarian ini membawa impak yang amat mendalam ke dalam kehidupan mereka.

WhatsApp Image at
Dr. Jamilia Mohd Marsin bergambar dengan salah sebuah poster yang dipamerkan.

”Bagi menjayakan tujuan ini kami telah menganjurkan pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak dan dewasa seperti Dam Ular SDG, Mix and Match Game, Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak dan juga pertandingan membungkus ayam dan sayur tanpa menggunakan plastik,” katanya.

Dr. Jamilia berkata kaedah ini dilaksanakan bagi menggantikan kaedah konvensional seperti ceramah yang membosankan sekaligus menjauhkan komuniti dari konsep SDG yang begitu penting dalam kehidupan.

WhatsApp Image at
Kakitangan UTMCS yang terbabit membantu menjayakann Karnival Mini SDG 2024 yang berlangsung di Kompleks beli belah AEON Taman Universiti, Johor Bahru.

”Dalam permainan ’Mix and Match’ contohnya pengunjung dikehendaki memadankan gambar yang diberikan dengan SDG yang berkaitan.  Ini dapat memberikan satu perspektif yang baharu kepada pengunjung sekaligus dapat memberikan pemahaman kepada konsep kelestarian ini.

WhatsApp Image at
Pengarah UTMCS, Prof. Ir. Dr. Mohd Fadhil Md. Din melayani seorang pengunjung yang bermain permainan ‘Mix and Match

”Dalam permainan membungkus tanpa plastik, peserta dikehendaki untuk membungkus ayam dan ikan dengan menggunakan daun pisang dan juga surat khabar yang disediakan. Sungguhpun berbentuk permainan yang seronok untuk dimainkan ini sekaligus memberikan pendedahan kepada komuniti umum bahawa pembungkusan boleh dilakukan oleh bahan selain dari plastik sekali guna yang sering kita gunakan,” katanya lagi.

WhatsApp Image at
Pertandingan mewarna di Karnival Mini SDG 2024.

Ditanya mengenai kebarangkalian menganjurkan pertandingan ini di masa hadapan, Dr. Jamilia berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan lagi program seperti ini di masa hadapan.

WhatsApp Image at
Dr. Jamilia Mohd Marsin sedang memberikan arahan berkaitan dengan pertandingan pembungkusan kreatif.

”Kami akan menganjurkan lagi pertandingan seperti ini di masa hadapan memandangkan sambutan yang diterima cukup hangat dan yang paling utamanya mesej kelestarian itu boleh disampaikan kepada komuniti setempat dengan lebih berkesan dan interaktif,” katanya lagi.

WhatsApp Image at
Salah seorang peserta membungkus bahan makanan ayam dan sayuran dengan menggunakan kertas pembungkus surat khabar dan daun pisang yang disediakan.
WhatsApp Image at
Para peserta yang telah siap membungkus makanan yang disediakan sedang menunggu untuk slot penjurian.
WhatsApp Image at
Para pemenang pertandingan pembungkusan kreatif bergambar kenangan bersama hadiah yang telah dimenangi.

Explore More