Oktober 18, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at AM

CTLD UTM menyokong matlamat pembangunan mampam melalui program bengkel penanaman pokok dan CTLD Gotrees Projects

JOHOR BAHRU, 27 Jun – Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus, Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Program Bengkel Penanaman Pokok dan CTLD Gotrees Project telah dilaksanakan dengan jayanya. Program anjuran CTLD ini menerapkan unsur sinergi dalam teras ISES dimana ia telah melibatkan usahasama beberapa PTJ, iaitu Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus, BPA, dan JTNCP.

WhatsApp Image at AM
Sesi bergambar bersama Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus, BPA, JTNCP dengan CTLD.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En. Khairul Azmi Ishak, Timbalan Pendaftar CTLD UTM. Beliau menzahirkan rasa bersyukur kerana program ini mendapat sambutan yang baik baik dari pelbagai pihak dalam usahasama pengindahan landskap CTLD. Sesi bengkel telah disempurnakan dengan perkongsian yang disampaikan oleh 3 orang staf dari Seksyen Kelestarian dan Keindahan Kampus. Encik Qamaruzaman Mohd Noor yang merupakan arkitek landskap memaklumkan bahawa sebagai warga kampus semua pihak perlu bersinergi dalam menjaga alam sekitar dan mengekalkan keseimbangan biodiversiti di UTM. Semasa sesi perkongsian berlangsung, Encik Qamaruzaman berkongsi tentang rekabentuk penanaman pokok landskap yang juga boleh dilaksanakan secara teknik layering iaitu secara hierarki. Tambahannya, program ini membantu dalam menyokong inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di UTM, iaitu SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, SDG 4: Pendidikan Berkualiti, SDG 11: Bandar dan Masyarakat Mampan, SDG 13: Tindakan Iklim, SDG 15: Kehidupan di Darat, dan SDG 17: Kerjasama demi Matlamat.

Timbalan Pendaftar CTLD memberikan kata aluan.
WhatsApp Image at AM
Sesi Perkongsian oleh Encik Qamaruzaman Mohd Noor, Arkitek Landskap.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian oleh Encik Mohd Shaufi Mohamad Tahar, Penolong Pegawai Pertanian yang menerangkan berkaitan medium tanaman yang diperlukan sebelum memulakan penanaman. Menurut beliau, lapisan atas tanah (topsoil), sabut kelapa (coco fibre), habuk sabut kelapa (coco peat) dan sekam padi yang telah dibakar merupakan medium yang diperlukan untuk penanaman pokok. Selain medium, tanah kompos juga penting bagi memberikan nutrien yang baik kepada pokok. Tanah kompos ini dihasilkan sendiri secara inhouse dari sisa makanan di UTM dengan campuran daun kering, tinja ayam dan kuda. Beliau juga menjelaskan bahawa saiz penyediaan lubang penanaman perlu sesuai dengan saiz pokok yang hendak ditanam, selain menunjukkan contoh keadaan pokok semaian yang sudah matang dan boleh dipindahkan untuk ditanam di atas tanah sebagai hiasan kepada semua staf terlibat hadir.

WhatsApp Image at AM
Sesi Perkongsian oleh En. Mohd Shaufi Mohamad Tahar, Penolong Pegawai Pertanian.

Encik Mohamad Md Sum telah memberikan perkongsian berkaitan pokok warisan yang terdapat di sekitar UTM Johor Bahru di mana pokok tersebut perlu dikenali dan dipelihara. Antaranya adalah pokok Kelapa Laut yang menjadi ikon semasa UTM dibangunkan dan pokok Jelutong antara spesis pokok berkayu yang bermanfaat untuk dijadikan batang pensel warna. Selain itu, pokok-pokok dan tanaman landskap ini bertindak sebagai faktor-faktor pemegang tanah yang membantu dalam mencegah hakisan daripada berlaku. Dikesempatan yang ada, beliau menyeru semua warga kampus untuk bersama-sama membantu dalam mengekalkan biodiversiti di UTM.

WhatsApp Image at AM
Sesi Perkongsian oleh En. Mohamad Md Sum.
WhatsApp Image at AM()
Peserta memberikan tumpuan atas perkongsian ilmu yang disampaikan.

 

WhatsApp Image at AM

 

WhatsApp Image at AM
Penanaman pokok dilaksanakan bersama.

 

Explore More