Oktober 5, 2024

Search
Close this search box.
Picture

UGS mengiktiraf kejayaan pelajar Boot Camp dengan peningkatan CGPA tertinggi

JOHOR BAHRU, 26 Jun – Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) telah mengadakan majlis ringkas untuk memberi penghargaan kecemerlangan akademik kepada pelajar-pelajar Boot Camp Sesi 2023/2024. Penghargaan kecemerlangan ini diberikan kepada enam orang pelajar yang mendapat peningkatan nilai CGPA tertinggi pada semester yang lalu.

WhatsApp Image at
Izzatul Aisyah Abu Bakar dari Fakulti Pengurusan.

Program Boot Camp ialah program yang dianjurkan oleh UGS kepada pelajar-pelajar yang mempunyai CGPA bawah 2.50. Program ini bertujuan untuk memberikan tips dan kemahiran belajar kepada pelajar untuk meningkatkan semula nilai CGPA masing-masing.

WhatsApp Image at
Muhammad Aminuddin Abdul Hamid – Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Majlis penghargaan ini telah dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Pengerusi UGS; Ts. Dr. Mohd. Akhmal Muhammad Sidek, Pengurus Pengalaman Pembelajaran UGS; Pn. Hazila Rahmat, Timbalan Pendaftar UGS; dan Dr. Ahmad Nabil Md. Nasir, Penyelaras Boot Camp.
Seramai 6 orang pelajar yang terdiri daripada Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pengurusan telah terpilih daripada 90 orang peserta Boot Camp kerana berjaya mendapat peningkatan nilai CGPA yang tertinggi.

WhatsApp Image at
Muhammad Amri Md Isa – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Menurut Pengerusi UGS, hadiah saguhati yang diperoleh bersempana kecemerlangan yang telah dipamerkan diharapkan dapat menjadi semangat kepada pelajar untuk terus meningkatkan usaha bagi bergraduan dengan keputusan yang cemerlang. Selain itu, mereka juga dapat menjadi contoh kepada pelajar lain agar tidak berputus asa dalam pelajaran sekali gus dapat menamatkan pengajian dengan berjaya.

Explore More