September 19, 2024

Search
Close this search box.
Picture

Sesi sembang santai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah bersama anak-anak Sabah Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM

JOHOR BAHRU, 14 Jun – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima Kunjung Hormat daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah bersempena dengan lawatan delegasi bagi Majlis Perasmian Makmal Satelit Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM- JTU Sabah. Delegasi daripada JTU Sabah ini telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sendiri iaitu Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min beserta 13 orang lagi pegawai-pegawai JTU Sabah dan seorang wakil Juruukur Tanah Berlesen.

Picture
Tetamu Jemputan dari Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah bergambar bersama anak-anak Sabah dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU)
Picture
Delegasi JTU Sabah bergambar di hadapan Blok C02, FABU

Salah satu program yang telah dilaksanakan adalah Sesi Sembang Santai Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah bersama Anak-anak Sabah dari FABU. Sesi sembang santai ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Sr. Dr. Othman Zainon, Pengarah Geoinformasi dengan kehadiran Profesor Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset; Dr. Wan Anom Wan Aris, Sr. Dr. Norhadija Darwin, Sr. Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim dan Sr. Dr. Kelvin Tang Kang Wee.

Picture
Perkongsian pengalaman oleh pegawai-pegawai JTU Sabah
Picture
Antara pelajar yang hadir iaitu majoritinya adalah anak-anak negeri Sabah yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Alam Bina dan Ukur
Picture
Perkongsian pengalaman dan tips-tips menceburi bidang pekerjaan oleh Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min, Pengarah JTU Sabah

Seramai lebih 30 orang pelajar yang majoritinya adalah merupakan anak kelahiran negeri Sabah telah hadir ke sesi sembang santai tersebut. Para pelajar ini juga terdiri daripada pelbagai latar belakang program antaranya program Geoinformasi, program Harta Tanah, program Senibina, program Senibina Lanskap, program Perancangan Bandar dan Wilayah serta program Ukur Bahan.

Picture
Saudari Myriame Virginie Matius, pelajar Tahun 4 Sains Geoinformatik bertanyakan soalan kepada pembentang

Sesi sembang santai telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah bersama-sama dengan pegawai-pegawai atasan JTU Sabah membincangkan berkenaan hala tuju kerjaya pelajar serta memfokuskan kepada bidang-bidang kajian yang penting bagi Negeri Sabah. Sesi ini telah mendapat penglibatan yang aktif daripada para pelajar yang hadir melalui soalan-soalan yang diajukan kepada panel pembentang.

Picture
Saudara Rahsid Hassan, pelajar tahun 1 bertanyakan tentang prospek kerjaya bersama JTU Sabah

Secara kesimpulanya, program sesi sembang santai ini walaupun merupakan satu sesi yang diadakan dalam masa yang singkat, namun objektif yang ingin dicapai iaitu menyuntik semangat motivasi serta menyampaikan maklumat penting kepada para pelajar FABU terutamanya anak-anak Sabah telah tercapai. Program seperti ini adalah perlu diadakan secara berkala bagi memberi pendedahan bukan sahaja kepada para pelajar tetapi kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar untuk menyampaikan pengajaran selari dengan keperluan industri semasa.

Explore More