November 26, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

Elemen kelestarian penekanan utama penganjuran MODE’24

JOHOR BAHRU, 5 Jun – Elemen kelestarian menjadi penekanan utama yang dititikberatkan dalam penganjuran Hari Terbuka dan Pameran Mekanikal atau ’Mechanical Open Day and Exhibition 2024’ (MODE’24).

Ini selaras dengan hasrat mendukung nilai asas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dalam penganjuran MODE’24 ini.

WhatsApp Image at
Kaunter kelestarian yang disediakan di FKM sepanjang MODE’24.

Pengarah Program, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nor Hasrul Akhmal Ngadiman berkata selain dari pameran berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D), produk-produk terkini FKM dan juga peluang-peluang kerjaya di lapangan industri, pihak penganjur juga menyediakan ruangan khas untuk aktiviti kelestarian sepanjang program ini berlangsung.

”Bagi menjayakan agenda kelestarian, kami menyediakan booth kelestarian di samping tong sampah khas bagi sisa makanan dan juga botol plastik.Tong sisa makanan ini disediakan berhampiran dengan gerai makanan dan pentas utama di Blok C24 bagi memudahkan pengunjung membuang sisa-sisa makanan mereka.

”Demi memastikan agenda kelestarian dapat dijalankan dan dijayakan, kami juga mengggalakkan penggunaan bekas makanan dan minuman sendiri ketika pengunjung mendapatkan makanan dari penggerai yang ada,” katanya.

WhatsApp Image at
Timbalan Pengarah UTM, Dr Zanariah Jasmani (paling kiri) dan Penolong Pendaftar Kanan UTMCS, Kiflee Jimpi ketika mengunjungi MODE’24

Menurutnya lagi, pihak penganjur juga menggalakkan untuk para pengunjung mendermakan beg beli belah terpakai bagi mengelakkan penggunaan plastik sekali guna yang banyak untuk membungkus makanan.

Dr. Nor Hasrul Akhmal berkata secara amnya program ini dibahagikan kepada empat bahagian yang utama iaitu pendidikan, komuniti, Industri dan juga Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

WhatsApp Image at
Pengarah Program MODE’24, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nor Hasrul Akhmal Ngadiman menunjukkan tong sisa makanan. Sisa makanan ini akan diproses sebagai baja organik setelah selesai program ini.

”Sektor komuniti memaparkan produk yang dihasilkan komuniti dengan menggunakan kepakakaran penyelidik FKM manakala seksyen Industri pula menghidangkan sesi perbincangan mengenai kerjaya di lapangan industri di samping beberapa siri Memorandum Persefahaman (MoU) dan juga Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani antara pihak industri dan juga UTM,” katanya.

Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pula memaparkan produk-produk yang dibangunkan oleh penyelidik FKM berdasarkan kepakaran masing-masing.

”Selain dari penyediaan kaunter kelestarian dan juga tong-tong sampah dan juga sisa makanan, pihak kami juga menyedikan kaunter penjualan dan pameran skuter dan juga kereta elektrik.

WhatsApp Image at
Penolong Pendaftar Kanan UTMCS, Kiflee Jimpi mencuba skuter elektrik yang dipamerkan.

”Kami juga menyedikan forum perbincangan dengan memanggil syarikat pengurusan Sisa Pepejal, SW Corp dan Perbadanan Taman Negara Johor di samping beberapa orang pensyarah FKM bagi membincangkan berkenaan isu kelestarian semasa negara,” katanya.

Ditanya mengenai kebarangkalian untuk menganjurkan program ini di masa hadapan Dr Hasrul tidak menolak untuk pihaknya menganjurkan progrma ini di masa hadapan.

”Jika ada ruang, peluang dan penajaan pihak kami akan menganjurkan lagi program ini di masa hadapan,” katanya mengakhiri perbualan.

WhatsApp Image at
Tong sampah yang disediakan bagi sampah konvensional dan juga botol plastik dan kaca.

Penganjuran program ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) No. 8 bagi peluang pekerjaan dalam Industri, SDG No. 12 bagi Pengumpulan Sisa Makanan dan SDG No. 15 berkenaan Penjagaan Alam Sekitar.

 

Explore More