November 16, 2024

Search
Close this search box.
PJ Lmc lmc copy

Kuliah Kerja Nyata (KKN) antarabangsa perkasa hubungan UTM-UNNES

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat (LPPM) Universitas Negeri Semarang (UNNES) telah menganjurkan program Kuliah Kerja Nyata (KKN) Antarabangsa bertempat di Hulu Langat, Selangor bermula 13 Mei 2024 hingga 10 Jun 2024. Seramai 17 orang pelajar UNNES dengan pelbagai latar belakang telah menjayakan program ini.

E
Sesi pembukaan program KKN bersama UGS UTM Kuala Lumpur

A
Lawatan di sekitar kampus UTM Kuala Lumpur

Antara komuniti yang terlibat adalah komuniti dari Batu 18 Kampung Jawa dan Kampung Kuala Pansoon, Mukim Hulu Langat. Agensi luar yang turut bekerjasama di dalam program ini adalah Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

KKN merupakan satu bentuk pendidikan yang memberikan pengalaman pembelajaran kepada pelajar untuk hidup bersama masyarakat di luar kampus. Dengan tema UNNES GIAT, program ini menumpukan empat (4) fokus utama iaitu Growing, Impactful, Awareness dan Teamwork.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama komuniti kampung seperti eksplorasi kampung, gotong-royong, kelas penjenamaan sosial, kelas pengucapan awam, kelas Canva, kelas Bahasa (Arab dan Inggeris), sesi bersama usahawan dan banyak lagi. Dalam masa yang sama, mereka juga berpeluang menimba ilmu bersama para pelajar UTM Kuala Lumour melalui program pembelajaran servis (SL) kursus Media Digital dan Komuniti yang bertajuk Future Genius: AI Workshop pada 25 Mei 2024.

Eksplorasi kampung
IMG ()
Kelas Seni Anyaman bersama KEMAS
WhatsApp Image at AM
Aktiviti di dalam Program SL Media Digital dan Komuniti
Usahawan AIM
Program bersama usahawan desa
kelas bahasa arab dan canva
Kelas Bahasa Arab dan Kelas Penggunaan Canva
kelas bahasa inggeris
Kelas Bahasa Inggeris

Sesi penutupan program bersama komuniti kampung telah berlangsung pada 31 Mei 2024 dengan kehadiran ketua kampung Batu 18 Kampung Jawa, Encik Mohd Aris Mohd Saleh dan Puan Liyaana Ahmad, Pengurus Pusat Komuniti Desa Jawa. Turut hadir Puan Nurul Diana Kayat dan Puan Nur Hazwane Din mewakili UGS UTM Kuala Lumpur.

n
Sesi penutupan program KKN bersama komuniti Batu 18, Kampung Jawa

UGS UTM Kuala Lumpur turut menerima kehadiran pensyarah pengiring daripada LPPM UNNES iaitu Ibu Nurdian Susilowati, M.Pd dan Ibu Nurul Fibrianti, M.H. semasa majlis penutupan program yang berlangsung di UTM Kuala Lumpur. Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata telah disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Akhmal Muhamad Sidek, Pengurus UGS.

WhatsApp Image at PM
Sijil penghargaan disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Akhmal kepada Ibu Nurdian, wakil UNNES
WhatsApp Image at PM
Penerimaan cenderamata daripada UNNES
WhatsApp Image at PM ()
Majlis Penutupan Program KKN Antarabangsa di UTM Kuala Lumpur

Sumbangan ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya melalui program ini diharapkan dapat memberi impak yang tinggi dan positif di kalangan pelajar, universiti dan komuniti setempat serta perlu dipertingkatkan di persada antarabangsa.

Explore More