November 22, 2024

Search
Close this search box.
Picture

Kerjasama FABU dan JUPEM Jayakan Bicara Kerjaya dalam Bidang Kejuruteraan Geomatik

JOHOR BAHRU, 28 Mei– Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM telah menganjurkan satu program Bicara Kerjaya bagi Graduan Kejuruteraan Geomatik yang telah disampaikan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA). Sesi bicara kerjaya ini adalah bertujuan untuk memberi persediaan kepada pelajar-pelajar Geoinformasi untuk menghadapi sesi temuduga terutamanya apabila ingin memohon sebagai juruukur di bidang kerajaan kelak.

Picture
Penerangan berkenaan hala tuju kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Geomatik oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

 

Picture
Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat, JUPEM berkongsi berkenaan kerjaya seorang Juruukur

Sesi perkongsian dalam program bicara ini telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Hazri Hassan bersama-sama dengan Sr Mohamad Azmar Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat). Rombongan delegasi ini telah disambut oleh Yang Berusaha Profesor Madya Sr Dr. Abdullah Hisam Omar, Pengarah Institut Sultan Iskandar (ISI), Sr. Dr. Tan Liat Choon, Pengerusi RISM Cawangan Johor dan barisan pensyarah-pensyarah kanan, Sr Dr. Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim, Sr Dr. Kelvin Tang Kang Wee, Dr. Wan Anom Wan Aris, Sr Dr. Mohamad Hanif Hamden, Dr. Nurul Izzati Abd Karim dan Dr. Aimi Musa.

Picture
Presiden Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) cuba menjawab soalan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, JUPEM
WhatsApp Image at e
Pelajar tekun mendengar perkongsian yang disampaikan oleh pihak JUPEM

Sesi bicara kerjaya ini telah dihadiri oleh 40 orang pelajar tahun 3 dan tahun 4 Program Kejuruteraan Geomatik dan program telah diadakan di Bilik SCALE, FABU. Sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah berlangsung dengan rancak dengan soalan-soalan berkaitan dengan penetapan gaji minimum dan bidang-bidang yang menjadi perhatian dalam bidang industri Geomatik dan Ukur Tanah.

Picture
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Hazri bin Hassan (kiri) menerima cenderamata daripada Sr Dr. Tan Liat Choon (tengah) dan disaksikan oleh Prof. Madya Sr Dr/ Abdullah Hisam Omar (Pengarah ISI)

Secara keseluruhannya, program bicara kerjaya ini merupakan satu platform yang sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tahun akhir bagi memberi pengetahuan tambahan kepada mereka serta memberi persediaan kepada pelajar untuk lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Explore More