November 22, 2024

Search
Close this search box.
Rotma

Seminar budaya dan sejarah Bugis-Makassar libatkan alumni UTM di Makassar

MAKASSAR, INDONESIA, 14 Mei – Program perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Sejarah dan Budaya Bugis’ telah berlangsung dengan jayanya di Makassar, Indonesia. Program perkongsian ini disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Saleh Tajuddin, seorang pakar dalam bidang sejarah dan budaya Bugis. Acara ini bukan sahaja dihadiri oleh para alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang kini menetap di Indonesia, tetapi juga melibatkan pelajar-pelajar UTM dari kampus Johor Bahru. Seminar Budaya Dan Sejarah Bugis-Makassar: Prof. Dr. Muhammad Saleh Tajuddin (ROTMA’24)

Screenshot

Ini telah memberi peluang kepada para hadirin untuk mendalami sejarah dan budaya Bugis dengan lebih mendalam. Prof. Dr. Muhammad Saleh Tajuddin telah mengupas pelbagai aspek penting mengenai asal-usul Bugis, perkembangan tamadun mereka, serta pengaruh Bugis dalam sejarah Nusantara. Beliau turut membincangkan perbezaan ketara budaya Bugis di Malaysia dan di Indonesia, serta bagaimana masyarakat Bugis telah mewarnai landskap budaya di kedua-dua negara.

Rotma

Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Prof Dr. Muhammad Saleh Tajuddin, antaranya ialah dari pelbagai aspek seperti nilai etika budaya, rumah, pakaian, tarian, makanan dan perahu phinisi.

Di samping itu, terdapat persembahan istimewa daripda Alumni UTM yang mendendangkan lagu-lagu tradisional Bugis Makassar seperti Anging Mammiri, Dua Bulu, Manu Tammattaratta dan Sajang rennu.

Rotma

Tambah Dr. Muhammad Saleh Tajuddin lagi, Bugis-Makassar mengamalkan nilai kejujuran (Alempureng) dan keteguhan (Agettengeng). Kejujuran diwujudkan melalui memaafkan, dipercayai tanpa curang, tidak tamak, dan mengutamakan kebaikan bersama. Keteguhan pula ditunjukkan dengan tidak ingkar janji, tidak khianati kesepakatan, tidak batalkan keputusan, dan berkomitmen selesai. Mempelajari budaya Bugis-Makassar dengan nilai kejujuran dan keteguhan memberikan pemahaman yang lebih baik tentang pentingnya menjadi jujur dan bertanggungjawab dalam kehidupan.

Dr. Muhammad Saleh Tajuddin juga menyebut tentang sejarah awal manusia Bugis-Makassar dalam Sureq La-Galigo, serta sejarah Tomanurung termasuk Kerajaan Gowa, Kerajaan Bone, dan Kerajaan Binamu Jeneponto. Selain itu, beliau turut menyorot mengenai Diaspora Manusia Bugis di Malaysia, khususnya tentang Daeng Sedili dan Lima Opus Bugis seperti Daeng Parani, Daeng Manambung, Daeng Marewah, Daeng Cella’, dan Daeng Kamasi. Tambahan pula, beliau menekankan tentang Keluarga Tun Abd Razak sebagai leluhur Tun Abdul Razak, di mana Karaeng Sanrebone telah menyampaikan pesan penting mengenai penerusnya sebagai Raja Gowa.

Screenshot

Screenshot

Secara keseluruhan, program ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami sejarah dan budaya Bugis-Makassar dengan lebih mendalam di samping memperkukuhkan lagi hubungan antara UTM dengan komuniti alumninya di luar negara, terutamanya di Indonesia. Ia juga memberi kesempatan kepada pelajar UTM untuk memahami kepelbagaian budaya dan sejarah di rantau ini, sekaligus memperluas perspektif mereka sebagai pelajar di sebuah universiti bertaraf antarabangsa.

 

Disediakan oleh: Nursyuhada binti Badren

Explore More