November 17, 2024

Search
Close this search box.
IMG

Kembara Razak ke Desa santuni warga Kota Belud Sabah

KOTA BELUD, SABAH, 9 Mei – Program Kembara Razak Ke Desa 24 (KERAKED) yang dianjurkan oleh Exco Keselamatan, Kebajikan, dan Kelestarian, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (JKM KTR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kolej Kediaman Tun Fuad, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah berlangsung dengan penuh jayanya di Kota Belud, Sabah, selama 6 hari 5 malam bermula 3 sehingga 8 Mei 2024.

KERAKED 24 merupakan program Topbidder UTM yang berjaya mendapat sokongan penuh dari beberapa rakan kerjasama iaitu Kementerian Sains dan Teknologi Negeri Sabah, YOSH MyFundAction dan Pusat Islam UTM.

Dengan penyertaan sebanyak 38 orang mahasiswa dan 3 orang pengiring dari UTM dan UMS, KERAKED dilaksanakan dengan tujuan utama untuk meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam program berteraskan kesukarelawanan. Ini termasuk kesukarelawanan komuniti yang diadakan di 3 buah kampung iaitu Kampung Menunggui, Kampung Sembirai dan Kampung Lebak Enggad, alam sekitar, serta kesukarelawan terbuka dalam pendidikan dan kerjaya yang diadakan di 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan 2, SMK Pekan dan SMK Arshad. Matlamat ini bertujuan untuk melahirkan golongan mahasiswa yang kompeten, berihsan, dan holistik.

IMG
AJK KERAKED yang disambut oleh wakil dari pihak UMS baru sahaja selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
iOS
AJK KERAKED dari UTM dan UMS sebelum bertolak ke Kota Belud untuk aktiviti keluarga angkat.

Pelaksanaan KERAKED turut melibatkan pelbagai aktiviti seperti Program Keluarga Angkat yang melibatkan 20 buah rumah keluarga angkat, Temasya Sukaneka Kota Belud , Rewang 3 Sekampung dan Malam Lestari Warisan Budaya.

IMG
Antara beberapa keluarga angkat bersama anak-anak angkat dari UTM dan UMS
IMG
Wajah-wajah keluarga angkat bersama AJK UMS
iOS
AJK lelaki sedang membersihkan ayam untuk aktiviti rewang 3 sekampung
IMG
AJK perempuan sedang sibuk menyediakan bahan untuk aktiviti rewang.
IMG
Orang kampung dan ajk KERAKED sedang beratur untuk menikmati juadah rewang bersama-sama
IMG
Kanak-kanak sedang bermain aktiviti sukaneka dalam acara teka botol itu.
IMG
Salah satu kumpulan yang menang dalam sukaneka
IMG
Suasana Malam Lestari Warisan Budaya di dewan serbaguna Kampung Lebak Engad, Kota Belud.
IMG
Persembahan dari wakil KERAKED UMS
IMG
Persembahan dari wakil KERAKED UTM

Selain itu, berlangsung juga aktiviti Ekspedisi Luar Bilik Darjah dan Eksplorasi Masa Hadapan yang melibatkan pelajar sekolah menengah seramai 127 orang pelajar dari ketiga-tiga sekolah yang ada.

IMG
Pelajar diberi sarapan sebelum bermula aktiviti ekspedisi luar bilik darjah
IMG
Salah satu checkpoint di dalam aktiviti ekspedisi luar bilik darjah
IMG
Salah seorang pic sedang berkongsi dalam aktiviti Eksplorasi Masa Hadapan
IMG
AJK KERAKED bergambar bersama pelajar yang menyertai aktiviti Ekspedisi Luar Bilik Darjah dan Eksplorasi Masa Hadapan
IMG
Sesi pemberian hadiah kepada pemenang dalam aktiviti Ekspedisi Luar Bilik Darjah yang disampaikan oleh Pengetua SMK PEKAN 2.

Kesemua program ini bukan sahaja memberi impak kepada masyarakat Kota Belud dengan memberi ruang untuk pertukaran pengetahuan, pengalaman, dan nilai-nilai kerjasama, tetapi juga memperkaya pengalaman mahasiswa dalam konteks kesukarelawanan dan interaksi komuniti.

Program ini turut menyaksikan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk pemerintah tempatan, sekolah-sekolah, dan penduduk setempat. Dengan semangat kesukarelawanan yang menggerakkan setiap aktiviti, KERAKED memberi peluang kepada mahasiswa untuk memahami realiti sosial masyarakat luar bandar dan memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan komuniti.

Dengan kejayaan KERAKED kali ini, ia menjadi titik permulaan bagi usaha-usaha seterusnya dalam memperkukuhkan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dalam pembangunan masyarakat.

Explore More