November 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM-Baqi Hayyu Sdn. Bhd. meterai MoA melalui pemindahan teknologi penghasilan produk pemanis semulajadi

JOHOR BAHRU, 22 Feb. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Syarikat Baqi Hayyu Sdn. Bhd. bersetuju memperkukuhkan kerjasama melalui pemindahan teknologi, dengan satu pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) di Johor Bahru hari ini.

MoA melibatkan pemindahan teknologi UTM secara eksklusif iaitu Rahsia Perdagangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk pemanis semulajadi ini ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md. Illias, serta Pengarah Baqi Hayyu Sdn. Bhd., En. Ahmad Asyraf Ramli.

Majlis menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UTM (UTM ICC), Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azurati Ahmad@Salleh serta Pengurus Besar Baqi Hayyu Sdn. Bhd., Pn. Siti Hanum Juhana Burhanuddin. Turut hadir semasa majlis ini adalah Felo Penyelidik Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Prof. Madya Ts. Dr. Harisun Ya’akob selaku Ketua Penyelidik bagi projek ini.

Teknologi ini merupakan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh IBD dalam menghasilkan produk pemanis semulajadi yang memenuhi keperluan pasaran dan memberikan manfaat yang besar kepada pengguna, terutamanya di dalam bidang makanan dan minuman.

“Majlis pada hari ini telah membuktikan bahawa hasil penyelidikan Universiti tempatan dapat dimanfaatkan oleh pihak industri, selaras dengan enVision Moonshot Transformative Journey UTM yang ke 4 iaitu memanfaatkan teknologi tinggi dan menggunakan pendekatan quadruple helix” kata Prof. Dr. Rosli Md. Illias dalam ucapan aluan beliau.

UTM sangat menggalakkan kerjasama antara pihak industri terutamanya dalam mengambil teknologi-teknologi R&D untuk di komersialkan dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kadar pengkomersialan dan seterusnya Global Innovation Index (GII) negara. Di peringkat UTM, utk tahun 2023, harta intelek termasuk technology know-how yang telah berjaya dikomersialkan adalah sebanyak 5.32%.

UTM khususnya UTM ICC telah menjalankan program inkubator yang berstruktur yang dinamakan sebagai ICCubeX. Antara aktiviti yang terdapat di dalam ICCubeX ini adalah; latihan tekno-usahawan kepada penyelidik dan juga pelajar UTM termasuk premfailan harta intelek, penawaran dana-dana pra-pengkomersialan bagi membangunkan prototaip di mana panel terdiri dari pihak industri, agensi dan pakar bidang. Program ini telah berjaya menyumbang kepada peningkatan hasil pengkomersialan UTM sebanyak RM2.7 juta bagi tahun 2023.

Explore More