April 28, 2024

Search
Close this search box.

Dr. Dayana Farzeeha bawa pulang RM 500,000 geran pembangunan perniagaan SUPERB 2019

Pensyarah dari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Dayana Farzeeha binti Ali diumumkan sebagai salah seorang daripada pemenang utama bagi pertandingan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2019.

Hasil dari kemenangan ini, Dr Dayana berjaya membawa pulang geran pembangunan perniagaan yang berjumlah RM 500,000 melalui projek beliau bertajuk “Multi Sensory SMART Room”.

Pemilihan para pemenang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

Selain itu, beliau juga turut memenangi Anugerah Pilihan Peserta SUPERB 2019 di mana pemenang telah dipilih oleh 60 orang peserta peringkat akhir yang dilakukan secara undian.

Di samping itu, projek beliau juga turut dipilih sebagai penerima Anugerah Pembentang Pilihan Juri Hari Pertama Peringkat Akhir SUPERB 2019 yang mana bagi kategori ini pula pemenang dipilih oleh barisan juri dan pelabur pada hari perjurian berlangsung.

Program SUPERB atau dahulu dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera adalah program berasaskan pertandingan “business pitching” yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan.

Antara objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Tahniah diucapkan!

 

Explore More