Disember 19, 2024

Freshies’ Guide Di Aplikasi Mudah Alih UTMSmart Rujukan Utama Pelajar Mendaftar Ke UTM

Aplikasi UTMSmart  boleh muat turun di kedua-dua platform IOS (APp Store) dan Android (Google Play) secara percuma

Pasukan Task Force Freshies’ Guide menerima sijil penghargaan dari Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Dr. Durrishah Idrus

Penggunaan aplikasi mudah alih (mobile apps) di telefon pintar merupakan antara trend masakini pengguna di seluruh dunia. Melalui kaji selidik yang telah dilakukan oleh Google dan TNS dalam Tinjauan Pemasaran Aplikasi Mudah Alih di Asia menunjukkan, purata pengguna telefon pintar di Malaysia menggunakan sekurang-kurangnya 7 aplikasi dalam sehari. Ia memberi gambaran Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi paling aktif di Asia.

Teknologi pada masa kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia bukan sahaja untuk mencari maklumat namun ia digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Malah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini telah meresap ke dalam masyarakat kita hinggakan kita bagaikan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan dengan teknologi pada masa kini.

Boleh dikatakan setiap daripada kita menggunakan telefon pintar untuk mendengar muzik dalam talian, menonton filem secara langsung, dan memuat naik pengembaraan terbaru kita ke dalam akaun media sosial kita  sehinggalah kepada mendapatkan arah perjalanan melalui ‘waze’ atau membeli belah melalui ‘shopee’.

Menyedari akan hakikat ini, Pusat Teknologi Maklumat, CICT, UTM Johor Bahru telah mengilhamkan insiatif UTM Digital Lifestyle dan UTMSmart  sebagai sistem aplikasi baru yang menjadi platform utama kepada semua pelajar, staf dan masyarakat umum. Aplikasi ini mampu melaksanakan pelbagai urusan seperti imbasan QR Code untuk kehadiran kelas atau acara, pengesahan kehadiran, pendaftaran kursus, keputusan peperiksaan, semakan status kewangan, biasiswa, pelekat kenderaan, sumbangan derma dan lain-lain lagi.

Pada peringkat awalnya ia bertujuan untuk memudahkan staf akademik dan bukan akademik mengesahkan kehadiran ke program universiti melalui imbasan QR Code yang telah disediakan di ruang masuk majlis seperti Dewan Sultan Iskandar (DSI) atau Dewan Azman Hashim untuk tujuan rekod CPD mereka. Aplikasi ini juga telah diperluaskan penggunaannya kepada semua pelajar UTM untuk merakam kehadiran di bilik kuliah.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah Idrus berkata Freshies’ Guide disiapkan dalam tempoh tidak sampai sebulan melalui kerja keras dan sinergi antara 3 jabatan utama iaitu Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) dan Hal Ehwal Korporat (HEK). “Ini adalah satu pencapaian penting buat UTM dalam perjalanan digital dan komitmen UTM untuk menjadi salah sebuah universiti teknologi yang terulung di Malaysia dan di peringkat global,” tambah Prof. Dr. Durrishah lagi.

Prof. Madya Dr. Murtadha Mohamad berkata projek ini merupakan antara projek perintis yang menggunakan kaedah Agile Implementation

Timbalan Pengarah CICT, Prof. Madya Dr. Mohd Murtadha Mohamad berkata projek ini merupakan antara projek perintis yang menggunakan kaedah Agile Implementation yang mensasarkan pembangunan sistem atau aplikasi yang lebih pantas dan mengurus projek-projek menggunakan alat (tools) yang bersesuaian. “Pada Julai 2019 lalu seramai 32 orang staf CICT bersama 13 orang dari PTJ seluruh UTM Johor Bahru telah mengikuti Bengkel Agile Implementation di Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd., Iskandar Puteri bagi memastikan  hasrat Universiti dalam memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi tercapai,” ujarnya lagi.

Scrum Master, Azmi Kamis berkata Freshies’ Guide merupakan platform baru yang diperkenalkan oleh UTM untuk membantu semua pelajar amnya dan pelajar baharu serta ibu bapa khususnya untuk mendapatkan maklumat dan panduan tentang proses pendaftaran di UTM

Ketua Projek atau lebih dikenali sebagai ‘Scrum Master’ bagi projek yang menggunakan kaedah Agile Implementation, Azmi Kamis berkata Freshies’ Guide merupakan platform baru yang diperkenalkan oleh UTM untuk membantu semua pelajar amnya dan pelajar baharu serta ibu bapa khususnya untuk mendapatkan maklumat dan panduan tentang proses pendaftaran di UTM. Selain itu, ia juga membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan di sekitar kampus UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. “Aplikasi UTMSmart  boleh muat turun di kedua-dua platform IOS (APp Store) dan Android (Google Play) secara percuma,” tambahnya.

 

Senarai Ahli Task Force Freshies’ Guide:

  1. Prof. Madya Dr. Mohd. Murtadha Mohamad
  2. Hj. Roslai Paimin
  3. Masnawi Miskam (Product Owner)
  4. Azmi Kamis (Scrum Master)
  5. Dr. Noor Mala Ibrahim
  6. Dr. Norhanim Abdul Samat
  7. Mohd Sharul Hafiz bin Razak
  8. Nor Idiana Binti Hamidi
  9. Eva Sriaza Muhamad Ariff
  10. Hafizah Ahmad Pua’at
  11. Nazli Jalil
  12. Marzuqi Muhammad
  13. Mazwan Hishammuddin Shamsudin
  14. Muhammad Firdaus Zamri
  15. Mohamad Nur Idris
  16. Norlin Mohamad A’danan
  17. Nazam Isa
  18. Nurazlin Masir
  19. Nor Sita Zakirai
  20. Ili Ruwaida binti Yusof
  21. Mohd Iskandar Ishak
  22. Noraishah Hassan

 

Explore More