April 29, 2024

Search
Close this search box.

MTDC BUSINESS CHALLENGE 2019 CUNGKIL MINAT PELAJAR DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

JOHOR BAHRU, 15 Okt. — Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) sekali lagi telah menganjurkan program MTDC Business Challenge bersama-sama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE).

Seramai 90 orang pelajar universiti awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti yang terdiri daripada 34 kumpulan mengambil bahagian dalam MTDC Business Challenge (MBC) 2019 yang bermula 11 hingga 15 Oktober 2018 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. MBC 2019.

Dato’ Norhalim Yunus bersama-sama Prof Madya Dr Mohd Zaidi, Pengarah UTM XCITE melawat hasil inovasi para pserta.

Mereka terpilih daripada 93 kumpulan yang telah menghantar penyertaan semenjak bulan July 2019. Berdasarkan tema pertandingan “Creating a Social Impact through Industry 4.0 Innovation”, ianya terbuka kepada pelajar-pelajar prasiswazah tempatan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Peserta mengetengahkan idea-idea produk inovasi mereka di mana pemenang MBC 2019 bakal diberikan peluang untuk menyertai Program Accelerator MTDC.

Peserta memberi tumpuan sepenuhnya kepada ucapan Ketua Eksekutif MTDC, Dato’ Norhalim Yunus

MBC 2019 merupakan salah satu program yang mendukung usaha dan minat pelajar yang membangunkan inovasi dan teknologi di peringkat awal. Ia juga menjadi platform pemecutan ke arah pengkomersilan bagi produk dan inovasi oleh pelajar institusi pengajian tinggi serta memupuk semangat usahawan muda.

Sepanjang tempoh 4 hari program, para peserta mengikuti sesi bootcamp, clinic dan pitching yang dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator daripada MTDC dan UTM.

Menurut Ketua Eksekutif MTDC, Dato’ Norhalim Yunus,  adalah penting memupuk budaya inovasi dalam kalangan masyarakat di bangku sekolah supaya graduan yang dihasilkan dapat memenuhi pasaran revolusi 4.0 yang kompetitif dan berdaya saing.

“Pelajar-pelajar dari kolej komuniti, politeknik dan universiti adalah sumber manusia yang akan menyumbang kepada inovasi dalam syarikat IKS.

Mereka ini perlu dari awal untuk dilatih untuk berfikir secara inovatif ”

Kumpulan Pico Hydro dari Universiti Teknikal Melaka Malaysia.
Para pemenang bergambar kenang kenangan bersama tetamu VIP.

Pada upacara penutup hari ini, kumpulan Pico Hydro dari Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) berjaya membawa pulang hadiah utama berupa RM 10,000 dana pembangunan produk beserta khidmat nasihat daripada pihak MTDC. Mereka juga membawa pulang hadiah wang tunai RM 500, sijil pencapaian dan plak.

UTM juga tidak pulang dengan tangan kosong, Balak – The Tree Cutting Robot telah berjaya mendapat tempat kedua. Mereka membawa pulang hadiah berupa RM 7,500 dana pembangunan produk beserta khidmat nasihat daripada pihak MTDC, hadiah wang tunai RM 500, sijil pencapaian dan plak.

Satu lagi kumpulan daripada UTM yang telah berjaya mendapat tempat ketiga adalah HF Robotics. Mereka membawa pulang hadiah berupa RM 6,000 dana pembangunan produk beserta khidmat nasihat daripada pihak MTDC, hadiah wang tunai RM 500, sijil pencapaian dan plak. 

Kemenangan ini membuktikan UTM menyediakan eksosistem yang kondusif bagi pelajar untuk menjadi usahawan berjaya.

Explore More