November 22, 2024

Search
Close this search box.
dd a d a ebbde

UTM jalin kerjasama dengan dua universiti China

CHINA, 20 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia UTM memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa melalui penantangangan Surat Persetujuan Kolaborasi (LoC) bersama dua buah universiti di China baru-baru ini.

Pemeteraian LoC ini menjadi salah satu acara signifikan sempena lawatan rasmi delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke China bermula 8 hingga 13 Januari 2024. Pemeteraian ini menandakan permulaan hasrat antara UTM dengan Lishui University dan Anhui Normal University, China yang berfokuskan kepada peluang pertukaran pelajar dan pensyarah di UTM merangkumi pelbagai disiplin pengajian.

Welcome UTM delegation to LSU
Lawatan Delegasi UTM ke Lishui University, China
Warmly Welcome the Delegation of
Lawatan Delegasi UTM ke Anhui Normal University, China.

Majlis menandatangani LoC tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail dan Presiden Lishui University, Prof. Dr. Li An. Manakala bagi Anhui Normal University pula disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim dan Timbalan Presiden Anhui Normal University, Prof. Dr. Xiong Yujie.

dd a d a ebbde
Sesi Pertukaran LoC antara UTM dan Lishui University, China.

 

ANHUI NORMAL UNIVERSITY
Sesi Pertukaran LoC antara UTM dan Anhui Normal University, China.

DFelegasi UTM yang membawa misi meluaskan horizon penddikan tinggi UTM diketuai oleh  Naib Canselor, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail, yang turut disertai oleh pengurusan kanan dan pegawai UTM antaranya, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, Pengerusi UTM SPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri Ali dan Timbalan Pengarah Strategi Global dan Engagement, UTM International,  Prof. Madya Dr. Suresh Ramakrishnan.

Kehadiran delegasi UTM di Lishui University, China disambut oleh Presiden, Prof. Dr. Li An termasuklah beberapa pegawai kanan Universiti berkenaan antaranya ialah Timbalan Presiden, Prof. Hu FengJi, Pengarah Pejabat Pembangunan dan Perancangan, Prof. Zhang Long dan Pengarah Pejabat Pembangunan Akademik dan Perancangan Graduan, Prof. Ye Xiaoping.

Sementara itu, delegasi UTM di Anhui Normal University, China disambut  oleh Timbalan Presiden, Prof. Dr. Xiong Yujie termasuklah beberapa pegawai kanan Universiti berkenaan, antaranya Pengarah Kerjasama Pertukaran Antarabangsa, Zhang Derang, Pengerah Jabatan Siswazah, Sang Qingsong dan lain-lain.

aeecd be e fc eaacefdd
Presiden Lishui University, Prof. Dr. Li An.

 

Mr Xiong Yuiie
Timbalan Presiden Anhui Normal University, Prof. Dr. Xiong Yuiie.

Prof. Datuk Ahmad Fauzi dalam ucapan beliau berkata LoC berkenaan pastinya akan membawa permulaan kerjasama baharu yang bakal memberi manfaat kepada UTM khasnya dan kedua-dua Universiti berkenaan. 

too in erek
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail di Lishui University, China.

 

MAd At
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Fauzi di Anhui Normal University, China.

“Hubungan yang diwujudkan melalui kerjasama ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi kedudukan UTM di peringkat nasional mahupun global terutamanya di negara China serta peluang pertukaran pelajar dan akademik melibatkan Lishui dan Anhui Normal University menerusi pelajar Prasiswazah, Pascasiswazah, pertukaran kepakaran akademik menerusi bidang penyelidikan saintifik serta latihan bakat, penawaran program pengajian Dwi, Dual Ijazah dan Ijazah Bersama,”katanya.

Kerjasama yang wujud ini juga turut menyemarakkan lagi 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China yang telah wujud sekian lama.

Dalam majlis yang sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Shafry juga turut memaklumkan mengenai program pertukaran pelajar berdasarkan sistem mikrokredit yang pastinya menjadi satu dimensi kerjasama yang boleh diperkukuhkan antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

HO LEO A OOR
Prof.  Shafry bin Mohd Rahim di Lishui University, China.

 

WhatsApp Image at PM ()
Prof. Shafry  di Anhui Normal University, China.

Sesi lawatan delegasi UTM juga turut diserikan lagi dengan pertukaran cenderamata antara UTM, Lishui dan Anhui Normal University, China.

LISHUI UNIVERSITY
Sesi pertukaran cenderamata bersama YBhg. Datuk Naib Canselor UTM dan Presiden Lishui University, China.
LOC Sig
Sesi pertukaran cenderamata bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM dan Timbalan Presiden Lishui, University, China.
LISHUI UNIVERSITY
Sesi pertukaran cenderamata antara Pengerusi SPACE UTM dan Pengarah Pejabat Pembangunan dan Perancangan Lishui University, China.
UTM
Sesi pertukaran cenderamata bersama YBhg. Datuk Naib Canselor UTM dan Timbalan Presiden Anhui Normal University, China.
UTM
Sesi pertukaran cenderamata bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM dan Timbalan Presiden Anhui Normal University, China.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Sesi pertukaran cenderamata antara Pengerusi SPACE UTM dan Anhui Normal University, China.

Di Lishui University, delegasi UTM dibawa melawat beberapa lokasi yang berkaitan sejarah Lishui, China iaitu Muzium Shuyun Celadon dan Bangunan Inovasi Industri Perubatan Tradisional China. Manakala di Anhui Normal University, China, delegasi UTM juga turut dibawa melawat Muzium dan beberapa makmal penyelidikan Universiti berkenaan. 

WhatsApp Image at AM
Lawatan delegasi UTM ke sekitar kawasan di Lishui University, China.
Welcome UTM delegation to visit China!
Delegasi UTM di Lishui University, China.
Fresnos e teg
Lawatan delegasi UTM ke sekitar kawasan di Anhui Normal University, China.
WhatsApp Image at PM ()
Delegasi UTM di Anhui Normal University, China.

Dalam sesi berasingan,  Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail juga telah memberikan syarahan khas mengenai perjalanan akademik dan penyelidikan beliau kepada pelajar Fakulti Perniagaan dan Pendidikan, Lishui University, China dalam satu seminar khas.

Membranes

Challenge drives us to look
Seminar Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail kepada pelajar di Fakulti Perniagaan dan Pendidikan, Lishui University, China.

Prof. Datuk Ahmad Fauzi  menerusi perkongsiannya secara interaktif dua hala juga turut menyentuh mengenai perjalanan akademik beliau ketika di pengajian tinggi, sebagai ahli akademik, pentadbir akademik dan juga aspirasi masa hadapan sebagai satu motivasi kepada pelajar-pelajar Universiti berkenaan.

Dalam masa yang sama juga Prof. Shafry turut memberikan syarahan  mengenai realiti maya dan komputer kepada pelajar Lishui University, China dalam satu seminar khas berasingan.

RESEARCH & DEVELOPMENT
Seminar Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Shafry bersama pelajar di Lishui, University, China.

Reality
Sesi fotografi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Shafry  bersama pelajar di Lishui, University, China.

Prof. Shafry  menerusi perkongsiannya secara interaktif dua hala juga turut menyentuh mengenai statistik pelajar dan kursus-kursus yang ditawarkan di Fakulti Komputeran UTM, Pusat Kecemerlangan Media dan Permainan  UTM (MAGICX), pemprosesan imej, media dan realiti maya, projek-projek penyelidikan dan juga isu-isu penyelidikan serta cabaran semasa. Beliau juga turut mempelawa pelajar di Universiti berkenaan mengenai peluang mengikuti program pertukaran pelajar berdasarkan sistem mikro kredit yang bakal ditawarkan oleh UTM.

Siri lawatan delegasi UTM ke China diakhiri dengan lawatan ke kampus cawangan Lishui University, Songyang bagi meneroka peluang kerjasama pendidikan terutamanya melibatkanpeluang pertukaran pelajar dan pensyarah antarabangsa kampus Songyang Lishui University, China di UTM. Delegasi UTM disambut oleh Presiden Zhou Chengjun dan beberapa pegawai pegawai kanan Universiti.

thee ily

BREMEIA#ERRK
Sesi Pertemuan Delegasi UTM dan Pengurusan Kampus Songyang, Lishui University, China.
WhatsApp Image at PM
Lawatan sekitar kampus Songyang.

WhatsApp Image at PM

WhatsApp Image at PM
Sesi Fotografi Delegasi UTM dan Pengurusan Kampus Songyang.

Explore More