November 22, 2024

Search
Close this search box.
Peserta Program

PONTIAN, 3 Sept. – Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air (IPASA), UTM dan Institut Kelestarian Alam Sekitar (RISE), UTM dengan kerjasama Yayasan JCorp telah melaksanakan program Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) dan penanaman anak pokok bakau di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian.

Selain aktiviti KUDAH, kumpulan sukarelawan ini turut menanam anak pokok bakau di kawasan ini. Proram sehari ini digerakkan adalah untuk mempromosikan budaya kutip sampah sambil beriadah di samping meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar khususnya dalam menjaga kawasan bakau sebagai benteng daripada hakisan pantai.

Selain itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan jaringan kerjasama di antara UTM dan agensi kerajaan dan penduduk setempat dalam memelihara serta memulihara alam sekitar.

Program KUDAH kali ini melibatkan lebih kurang 100 orang peserta daripada IPASA UTM, staf Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga dan staf Yayasan JCorp serta penduduk kampung daripada Mukim tersebut.

Setiap peserta dibekalkan satu anak pokok bakau yang disediakan oleh Taman Negara Tanjung Piai sendiri bagi aktiviti berkenaan. Melalui program ini sebanyak 100 benih anak bakau telah ditanam yang menjad pengharapan kepada kelestraian alam.

Prof. Dr. Zainura Zainon Noor, Pengarah Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air (IPASA), UTM Johor Bahru berkata, program kolaborasi bersama Yayasan JCorp ini membuktikan bahawa masih terdapat banyak pihak yang cakna terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar demi kelestarian berpanjangan yang akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Dalam ucapan pembukaan Ketua Yayasan JCorp, Puan Zaidatul Zurita Abdul Rahman, berkata “Alam sekitar merupakan salah satu bidang fokus Yayasan JCorp melalui penekanan elemen pemeliharaan dan pemulihan alam dan sungai, tanaman pokok, program kitar semula, dan penjimatan tenaga.”

Program KUDAH dan menanam pokok bakau yang dijayakan bersama-sama sukarelawan dan komuniti setempat itu telah memberi inspirasi kepada semua yang terlibat. Gabungan kerjasama ini telah dapat membentuk perpaduan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan memperlihatkan komitmen yang diberikan oleh setiap peserta bagi memastikan objektif program.

Explore More