JOHOR BAHRU, 4 Nov. – Program Future Advanced Leadership & College Opportunity anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (KTR) telah diadakan pada 4 November 2023 di Hotel New York, Johor Bahru. Program ini berteraskan untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berpengalaman dalam memimpin melalui bekerja dengan rakan sebaya mereka sendiri.
Program yang melibatkan seramai 55 orang pemimpin pelajar dari setiap kolej kediaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur bertujuan membangunkan kemahiran kepimpinan dan menyelaras program-program pembangunan pelajar dalam kalangan pemimpin pelajar kolej-kolej kediaman.
Program yang diketuai Muhammad Faiz Naqiuddin Abdul Aziz selaku Pengarah Future Advanced Leadership & College Opportunity Network bertujuan untuk meningkatkan tahap kepimpinan pelajar yang perlu di dalam industri dan mempraktikkan kemahiran kepimpinan dalam diri pelajar serta mewujudkan sinergi antara 11 kolej kediaman dalam UTM dan menggerakkan program kolobaratif yang memberi manfaat kepada komuniti.
Selain daripada perkongsian teori, bengkel sehari ini juga mendedahkan peserta terhadap senario dan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran mereka dan membina hubungan di kalangan peserta. Future Advanced Leadership & College Opportunity Network telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib, Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar. Perkongsian menarik dalam FALCON’23 adalah seperti ‘Start The Ball Rolling’, ‘Mastering the Art of Public Speaking’, Together We Unite’, ‘College Summit Meeting’, ‘Mindgate Conspiracy’ dan ‘Controlling Emotional Damage’. Secara keseluruhan, perkongsian ini telah memberikan impak positif kepada peserta dan diharapkan hasil dari bengkel ini memberi impak positif dalam komuniti pemimpin pelajar di kolej-kolej kediaman UTM.